Barcelona di puncak 17oct 2011 ~ asapstock.blogspot.com

Sunday 16 October 2011

Barcelona di puncak 17oct 2011

MADRID – Hatrik kedua Gonzalo Higuain dalam La Liga membantu Real Madrid menewaskan Real Betis 4-1, namun dua jaringan Lionel Messi memastikan Barcelona kekal di puncak liga setelah menundukkan Racing Santander 3-0, semalam.

Messi, Pemain Terbaik Dunia meledakkan gol pada babak pertama dan keduan di Nou Camp untuk jaringan ke-10 musim ini, sekali gus membantu Barca mengumpul 17 mata daripada tujuh perlawanan.

Real mengekori rapat di tangga kedua dengan satu mata di belakang selepas rakan sepasukan Messi dalam skuad Argentina, Higuain mencipta hatrik ketiga dalam tempoh dua minggu. Satu lagi hatrik dicipta ketika bersama skuad kebangsaan.

Dalam saingan lain, penalti Tomer Hemed di masa kecederaan membantu Real Mallorca mengikat Valencia 1-1. Getafe seri tanpa jaringan dengan Villarreal dan Granada terikat 0-0 dengan Atletico Madrid.

1 comment:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management