Arsenal harapkan kebangkitan (21oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Thursday 20 October 2011

Arsenal harapkan kebangkitan (21oct 2011)

MARSEILLE: Arsenal berharap kemenangan ke atas Olympique Marseille dalam saingan Liga Juara-Juara akan menjadi permulaan untuk mereka bangkit daripada persembahan hambar di kancah domestik musim ini.

Namun pengurus, Arsene Wenger mengakui kelab Liga Perdana Inggeris itu bertuah kerana membawa pulang tiga mata penuh.

Arsenal bergelut dalam perlawanan itu bagaimanapun jaringan pemain antarabangsa Wales, Aaron Ramsey dua minit ketika masa kecederaan sudah cukup untuk menghadiahkan kemenangan buat pasukan pelawat.

Ketika kelab London itu gagal menyerlah di Stade Velodrome, kemenangan 1-0 yang juga rekod tanpa bolos pertama mereka di gelanggang lawan dalam 18 perlawanan Liga Juara-Juara akan menjadi penyuntik semangat mereka, jelas Wenger.

“Kami mula mengorak langkah namun kami perlu merendah diri kerana kami pasukan yang sedang berusaha untuk meningkat,” kata Wenger.

“Tuah menyebelahi kami, sebelum ini Borussia Dortmund menyamakan kedudukan pada saat akhir dalam perlawanan dengan Arsenal pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara. Ia bagus buat kami untuk mendapat sedikit tuah kali ini.” Arsenal muncul pendahulu Kumpulan F dengan mengumpul tujuh mata selepas tiga perlawanan manakala Marseille di tempat kedua satu mata di belakang sebelum kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi dalam tempoh dua minggu di Stadium Emirates.

Arsenal yang akan berdepan Stoke City, Ahad ini kini menduduki tangga ke-10 Liga Perdana.

“Jika kami lihat semula lima atau enam perlawanan terakhir, kami hanya tewas sekali,” tambah Wenger.

“Kami semakin meningkat dan kemenangan malam ini (semalam) akan membantu.” Masalah kecederaan pemain terus menghantui Arsenal apabila Carl Jenkinson digantikan dengan Johan Djourou pada babak kedua kerana kecederaan lutut.


No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management