Evra tetap dakwa (19oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Tuesday 18 October 2011

Evra tetap dakwa (19oct 2011)

LONDON: Pengurus Manchester United, Alex Ferguson berkata pemain pertahanan, Patrice Evra akan meneruskan pendakwaan terhadap tuduhan bersifat perkauman yang dilemparkan oleh penyerang Liverpool, Luis Suarez.

Ferguson, bercakap menjelang perlawanan United menentang pasukan dari Romania, Otelul Galati dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, berkata Evra ‘bertekad’ untuk mengambil tindakan terhadap penyerang Uruguay, Suarez.

Evra yang juga pemain pertahanan Perancis, mendakwa Suarez berulang kali melemparkan penghinaan bersifat perkauman kepadanya ketika perlawanan Sabtu lalu di Anfield yang berkesudahan seri 1-1. Liverpool dan Suarez dengan kerasnya menafikan dakwaan itu.

“Saya sudah bercakap dengan Evra dan dia bertekad mahu meneruskan hasratnya itu,” kata Ferguson.

“Ia bukan satu perkara yang mudah buat kami. Semua orang mengenali Manchester United dan Liverpool yang bertanggungjawab dalam setiap perkara yang terjadi di atas padang dan apa yang berlaku Sabtu lalu adalah sesuatu yang hebat.

“Kedua-dua penyokong sangat baik, tiada perkara bodoh seperti yang pernah dialami beberapa tahun sebelumnya dan peminat layak menerima pujian.

“Ia bukan satu perkara yang perlu dikatakan apabila menentang Liverpool. Tapi Evra berasa terkilan dengan apa yang dikatakan kepadanya jadi semuanya terpulang kepada FA,” kata Ferguson.

Suarez menafikan dia membuat kenyataan bersifat perkauman terhadap Evra.

“Saya kecewa dengan tuduhan bersifat perkauman itu. Apa yang boleh saya katakan saya sentiasa menghormati setiap orang. Kami semua sama,” kata Suarez dalam laman sembang sosial Facebook.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management