KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengajak para peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada jam 8 malam Ahad ini.
Najib dalam laman webnya www.1malaysia.com.my berkata mereka yang berminat bolehlah mendaftar di http://bit.ly/rmH8tz untuk berpeluang menghadirkan diri bersama seorang teman.
Beliau yang juga penyokong kuat Manchester United, berkata pendaftaran dibuka sehingga jam 5 petang ini.
“Selepas menghadiri beberapa sesi menonton bola sepak beramai-ramai termasuk di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan bersama belia di Putrajaya, saya memutuskan untuk menganjurkan satu sesi pada malam Ahad ini, 23 Oktober.
“Inilah masanya untuk saya ‘lepak’ bersama rakan-rakan facebook dan Twitter
No comments:
Post a Comment