Fergie membara (20oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Wednesday 19 October 2011

Fergie membara (20oct 2011)

MANCHESTER: Alex Ferguson tidak sabar menanti pertembungan jiran setempat Liga Perdana Inggeris menentang pendahulu liga, Manchester City, Ahad ini.

Skuad kendaliannya, Manchester United mempamerkan persembahan kurang meyakinkan menentang juara Romania, Otelul Galati di Bucharest awal pagi semalam namun tanpa kapten, Nemanja Vidic yang dibuang padang pada babak kedua, United tetap mampu meraih kemenangan menerusi dua jaringan penalti Wayne Rooney.

Keputusan itu melonjakkan United di tempat kedua di belakang Benfica dalam Kumpulan C dengan tumpuan segera dialihkan terhadap perlawanan Ahad ini menentang seteru setempat di Old Trafford.

“Beberapa tahun kebelakangan ini, ia (perlawanan terbabit) menjadi sengit dan lebih penting kepada mereka,” kata Ferguson.

“Ahad ini adalah pertembungan antara dua pasukan teratas liga dan ia membina prospek yang menarik kepada setiap orang. Saya tidak sabar untuk menantinya.” Vidic pula pastinya bimbang sama ada Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) akan meningkatkan penggantungan satu perlawanan mandatori kerana terjahan keras ke atas Gabriel Giurgiu. Tidak dilihat sebarang niat jahat menerusi terjahan itu dan pemain dari Serbia itu terkejut kad merah dilayangkan pengadil dari Jerman, Felix Byrch.

Jelas sekali pengadil berasakan ada elemen berbahaya berhubung terjahan itu dan Ferguson memahaminya.

“Saya melihatnya dan kakinya jelas diangkat tinggi,” kata Ferguson.

“Saya boleh memahami penilaian pengadil mengenai insiden itu.

“Mungkin ia sedikit berbeza di Jerman namun saya lihat ia sedikit kasar. Pastinya ia perlu dilayangkan kad kuning.” Rooney bertindak cemerlang menghalang United daripada menerima padah dengan kini menjaringkan 26 gol sekali gus muncul penjaring Inggeris terbanyak dalam kancah pertandingan Liga Juara-Juara

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management