Pelaburan Reds berbaloi (19oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Tuesday 18 October 2011

Pelaburan Reds berbaloi (19oct 2011)

LIVERPOOL: Pelaburan Liverpool bernilai �120 juta (RM592 juta) sejak 10 bulan lalu kini memberi pulangannya dan perkara itu ditegaskan oleh penjaga gol mereka, Jose Reina.

“Saya harap (pemain baru) mampu membantu merapatkan jurang,” kata bintang antarabangsa Sepanyol ketika mengulas mengenai keputusan seri 1-1 menentang Manchester United. Keputusan itu menyaksikan Liverpool kini di tangga kelima, enam mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Reina berkata: “Kepercayaan kami adalah mengenai kualiti pasukan dan skuad serta kekuatan kami adalah sebagai satu kumpulan pemain dan kelab, itulah faktor utama.

“Kami perlu memberi penekanan terhadap perkara asas untuk cuba memperbaiki dan terus berusaha bersaing dengan lebih kerap dengan pasukan yang berada di atas.

“Masih terlalu awal bercakap merapatkan jurang tapi kami akan dapat memastikannya pada penghujung musim.

“Semoga jurang itu tidak terlalu besar.” Di bawah pengurusan baru dan kembali bersama ikon kelab, Kenny Dalglish sebagai jurulatih, satu suasana baru dapat dirasakan di Anfield.

Reina berkata: “Ia satu perkara yang mengecewakan apabila tidak dapat menewaskan Manchester United.

“Kami jelas beraksi dengan baik dan memenangi perlawanan sebelumnya dan itu adalah kuncinya.

“Saya berpendapat kami hanya beraksi dengan teruk dalam satu perlawanan saja iaitu di Spurs (kekalahan 0-4 dan menyaksikan Liverpool kehilangan dua pemain yang dibuang padang) dan sepanjang musim ini ia bukan sesuatu yang teruk.

“Kami lebih gembira berbanding setahun lalu.”

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management