Zidane puji Benzema (21oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Thursday 20 October 2011

Zidane puji Benzema (21oct 2011)

Getty Images
Madrid - Karim Benzema tampil dengan semangat baru selepas mengalami kecederaan paha yang dialaminya September yang lalu.
Benzema turun menjadi pembuka gol ketika Real Madrid bertemu Lyon di Stadium Santiago Bernabeu, Rabu (19/10/2011) kelmarin. Benzema membuka kecemerlangan Madrid ketika perlawanan memasuki minit ke-19 dan berkesudahan menang 4-0 pada perlawanan tersebut.
Gol itu menjadi gol keenamnya dari 10 penampilan di semua perlawanan musim ini. Benzema menunjukkan bahawa, meskipun Gonzalo Higuain di tahap yang cermerlang, Jose Mourinho juga tetap tak boleh melupakan Benzema sudah menciptakan ketajaman di barisan hadapan.
"Dia mempunyai kualiti tersendiri. Prestasi baiknya adalah hasil dari kerja keras dan bukan secara kebetulan," kata Zidane pada RTL seperti dipetik Soccernews.
"Dia tahu bahawa ada tekanan yang lebih tinggi untuk menunjukkan kemampuan, kerana kami mempunyai penyerang lain (Higuain) yang juga tahu bagaimana menjaringkan gol dengan baik," tegas Zidane.
Benzema mula tunjuk taring pada musim lalu, setelah berjaya menjaringkan sembilan gol di musim lepas bersama Madrid. Dari kesemua 48 perlawanan di mana dia dimainkan, ia berjaya menjaringkan 26 gol.Itu satu perkembangan yang menarik.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management