Dalglish Bela Suarez dari Tuduhan Rasis (21oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Friday 21 October 2011

Dalglish Bela Suarez dari Tuduhan Rasis (21oct 2011)

Reuters
Liverpool - Kenny Dalglish memastikan bahawa Luis Suarez mendapat sokongan sepenuhnya dari skuad Liverpool berkaitan tuduhan perkauman terhadapnya. Dalglish juga membela Suarez dari sebarang tuduhan.
Patrice Evra melontarkan tuduhan bahawa Suarez melakukan penghinaan rasis semasa perlawanan antara Liverpool menentang Manchester United yang berakhir 1-1, hujung minggu lalu.
Tuduhan itu kemudian terus dibantah oleh Suarez. Sementara Badan Bola sepak Inggeris (FA) sedang melakukan penyelidikan atas kes ini.
Mengenai permasalahan ini, Dalglish memberikan sokongan penuh kepada penyerang Uruguay itu. Pengurus Liverpool ini turut membela Suarez atas tuduhan tidak berasas dari Evra dan Pengurus MU, Sir Alex Ferguson.
"Satu perkara yang boleh saya katakan semua orang di kelab ini berada di belakang Luis Suarez," kata Dalglish seperti dilaporkan di Sky Sports.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management