Napoli tak gentar Bayern (18oct2011) ~ asapstock.blogspot.com

Monday 17 October 2011

Napoli tak gentar Bayern (18oct2011)

ROME: Napoli melaungkan cabaran dan tidak boleh meminta lebih daripada itu untuk cuba memecahkan kekebalan benteng pertahanan Bayern Munich dalam pertemuan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Penjaga gol Bayern, Manuel Neuer mengekalkan rekod bersih tanpa dibolosi untuk 12 perlawanan bagi mencatatkan rekod kelab dengan kemenangan terbaru 4-0 ke atas Hertha Berlin dalam saingan Bundesliga pada Sabtu lalu.

Napoli tidak konsisten musim ini namun sudah mempamerkan mereka adalah berbahaya apabila menentang pasukan handalan dengan kemenangan 3-1 ke atas juara Serie A, AC Milan dan 3-0 ke atas Inter Milan.

Skuad kendalian Walter Mazzarri turut mempunyai rekod sendiri yang mahu dipertahankan apabila masih belum kalah di laman sendiri dalam sembilan perlawanan sejak kembali dalam saingan Eropah pada 2008, selepas tersisih 13 tahun sebelum itu.

Bayern mengetuai Kumpulan A dengan enam mata menerusi dua perlawanan manakala Napoli yang jelas gembira dengan kehadiran semula dalam peringkat kumpulan di tempat kedua dengan empat mata dan pertemuan kedua-duanya menjadi tumpuan Liga Juara-Juara minggu ini.

Walaupun mempamerkan aksi tidak konsisten dalam kancah Serie A musim ini termasuk kekalahan 2-1 di laman sendiri kepada Parma pada Sabtu, Napoli tetap tidak dibolosi dalam enam perlawanan terakhir peringkat Eropah di laman sendiri

Bayern sebaliknya jelas berada dalam prestasi terbaik dengan jurulatih Jupp Heynckes menikmati permulaan yang baik apabila untuk kali ketiga beliau mengendalikan kelab terbabit.

Bayern sudah memenangi 12 daripada 14 perlawanan musim ini dengan hanya melepaskan satu gol. Mereka juga berbahaya dalam jentera serangan apabila meledak 35 gol dengan Mario Gomez menjaringkan 14 gol.

“Pada saat ini Bayern mempamerkan permainan anda tidak dapat melihatnya setiap hari,” kata Heynckes. “Seluruh pasukan berada dalam prestasi terbaik.”

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management