United tak sabar catat kemenangan sulung (18oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Monday 17 October 2011

United tak sabar catat kemenangan sulung (18oct 2011)



FERDINAND mahu memastikan United
meraih kemenangan sulung dalam saingan
Kumpulan C Liga Juara-Juara esok.


BUCHAREST - Tonggak pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand optimis bahawa pasukan itu akan mencatatkan kemenangan sulung mereka dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini apabila berdepan Otelul Galati pada aksi peringkat Kumpulan C awal pagi esok.

Skuad kendalian Alex Ferguson itu masih gagal mencatatkan sebarang kemenangan selepas sekadar seri dengan Benfica dan Basle dalam dua perla- wanan awal musim ini.

United sepatutnya berpeluang untuk mengutip tiga mata penuh ketika menentang Basle apabila mereka mendahului 2-0.

Namun, Basle berjaya menyamakan kedudukan dan berada di depan sebelum pemain sayap skuad The Red Devils, Ashley Young muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada lewat babak perlawanan.

Justeru, tidak mahu skrip yang sama berulang, Ferdinand mengingatkan rakan-rakan yang lain agar fokus pada perlawanan menentang Galati dan sekali gus memberikan kemenangan sulung kepada United.

"Kami (United) sepatutnya menang perlawanan menentang Basle. Namun, nasib tidak menyebelahi kami dan ia sudah menjadi lumrah dalam saingan Liga Juara-Juara.

"Ketika ini kami memilih laluan yang sukar apabila sekadar mencatatkan dua keputusan seri. Sebab itu, kami tidak mempunyai pilihan selain mencatatkan kemenangan ke atas Galati untuk memudahkan laluan kami ke pusingan kalah mati," kata Ferdinand.

Dengan Wayne Rooney, Nemanja Vidic, Nani, Javier Hernandez, Anderson dan Antonio Valencia direhatkan ketika United seri 1-1 dengan musuh tradisi mereka, Liverpool di Anfield Sabtu lalu, skuad The Red Devils dijangka membariskan barisan kesebela- san utama terkuat pada perlawanan menentang Galati.

Bagaimanapun, Ferguson perlu bijak dalam membuat keputusan menurunkan kesebelasan utamanya kerana United akan berdepan satu lagi tugas getir apabila menentang Manchester City dalam saingan Liga Perdana England empat hari kemudian.

"Saya pasti pengurus (Ferguson) akan melakukan sistem penggiliran dalam skuad untuk memastikan kami memiliki pemain yang benar-benar cergas dalam semua perlawanan."

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management