Detik memalukan bola sepak Asia (21oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Thursday 20 October 2011

Detik memalukan bola sepak Asia (21oct 2011)

SUWON: Bola sepak Asia berdepan hari-hari gelap kelmarin apabila perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara AFC dicemari dengan keganasan dan skandal mengatur perlawanan dikatakan menjadi punca kes pembunuhan diri yang tragik.

Ia menjadi satu tamparan hebat buat bola sepak Asia apabila perlawanan membabitkan Suwon Bluewings dan Al Sadd dari Qatar dihentikan seketika apabila pemain kedua-dua pasukan bergaduh sesama sendiri.

Pergaduhan di Stadium Piala Dunia Korea Selatan di Suwon itu meletus pada separuh masa kedua selepas pemain Al Sadd, Mamadou Niang berlari meraikan gol kedua ketika skuad Suwon dibayangi dengan ramai pemain yang cedera. Aksi tolak-menolak dan suasana tegang dalam perlawanan yang dicetuskan oleh peminat yang memasuki padang untuk menyerang dan keadaan semakin bertambah buruk serta huru-hara apabila pemain dan pegawai turut terbabit dalam pergaduhan pada pertandingan peringkat kelab terbesar Asia itu. Pemain Al Sadd, Kader Keita dan Suwon, Stevica Ristic dibuang padang dan sejurus selepas itu, Niang yang menjaringkan gol menjadi pemain ketiga dibuang padang apabila menerima kad kuning kedua kerana menyepak bola keluar.

Perlawanan di stadium itu akhirnya tamat 10 minit selepas masa kecederaan dengan Suwon akan berdepan pasukan dari Qatar itu sekali lagi minggu depan pada aksi kedua di Doha.

“Pasukan lawan menjaringkan gol yang tidak sepatutnya tapi tiada apa yang boleh kami lakukan mengenainya,” kata jurulatih Suwon, Yoon Sung Hyo.

Sejam sebelum perlawanan itu, bekas jurulatih Sangju Sangmu Phoenix, Lee Soo Cheol ditemui mati menggantungkan diri di pangsapuri kediamannya di selatan Seoul seminggu selepas didapati bersalah terbabit dengan skandal mengatur perlawanan dalam saingan Liga-K Korea Selatan. Sementara itu dalam satu lagi aksi kelmarin, pendahulu Liga-K, Jeonbuk Hyundai Motors bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan juara 2004 dan 2005, Al Ittihad, 3-2 di Jeddah dalam aksi separuh akhir kedua.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management