2011 ~ asapstock.blogspot.com

Wednesday 26 October 2011

Everton vs Chelsea (26oct 2011)

Everton
Chelsea
Sepak Mula: 20:00
Separuh Masa Pertama: 0-1
Tamat Masa: 1-1
Tarikh: 26 Oct 2011
38
(0-1)Salomon Kalou
58
Ross Turnbull
(1-1)Louis Saha
83
Royston Drenthe
107
116
(1-2)Daniel Sturridge

27oct 2011



Spanish Primera Liga
Italian Serie A

AC Milan vs Parma (26oct 2011)

AC Milan
Parma
Sepak Mula: 19:45
Separuh Masa Pertama: 2-0
Tamat Masa: 4-1
Tarikh: 25 Oct 2011
(1-0)Antonio Nocerino
30
(2-0)Antonio Nocerino
32
Antonio Nocerino
48
55
Francesco ValianiJonathan Biabiany
Kevin-Prince Boateng
57
61
Obiorah NwankwoAbderazak Jadid
Alberto AquilaniUrby Emanuelson
72
72
Francesco ModestoGraziano Pellè
(3-0)Zlatan Ibrahimovic
73
Zlatan IbrahimovicRobinho
74
Ignazio AbatePhilippe Mexes
78
78
(3-1)Sebastian Giovinco
(4-1)Antonio Nocerino
90

Stoke City vs Liverpool (26oct 2011)

Stoke City
Liverpool
Sepak Mula: 19:45
Separuh Masa Pertama: 1-0
Tamat Masa: 1-2
Tarikh: 26 Oct 2011
(1-0)Kenwyne Jones
44
54
(1-1)Luis Suárez
85
(1-2)Luis Suárez

Real Madrid vs Villarreal (26oct 2011)

Real Madrid
Villarreal
Sepak Mula: 21:00
Separuh Masa Pertama: 3-0
Tamat Masa: 3-0
Tarikh: 26 Oct 2011
(1-0)Karim Benzema
5
(2-0)Kaká
11
16
Gonzalo
Xabi Alonso
21
(3-0)Ángel Di María
30
46
Catalá
52
Jonathan De GuzmánJavier Camuñas
Kaká
53
54
Marco Ruben
60
Giuseppe RossiMario Gaspar
Ángel Di MaríaMesut Özil
70
Karim BenzemaGonzalo Higuaín
75
76
Marco RubenMarcos Senna
Xabi AlonsoFábio Coentrão
80

Tuesday 25 October 2011

‘MU masih hebat’ (26oct 2011)

MANCHESTER: Manchester United masih pasukan hebat berbanding jirannya City, kata Roberto Mancini selepas pasukannya menumpaskan juara bertahan itu, 6-1 untuk menduduki tangga teratas Liga Perdana dengan kelebihan lima mata.

Hanya selepas City menang gelaran liga pertama sejak 1968 akan meyakinkan pengendali dari Itali itu untuk menukar persepsi itu meskipun kemenangan besar yang diraih musuh ketat paling berjaya itu membuatkan rakan sejawatnya, Alex Ferguson meratapi ‘keputusan paling buruk dalam kariernya’.


“Ini baru satu perlawanan,” kata Mancini. “Saya rasa United masih selangkah di depan, kami hanya dapat menukar hakikat ini jika menang (liga) di penghujung musim. Selepas itu mungkin keadaan berbeza tapi buat masa ini, United masih lebih baik berbanding kami.” Anak buah Mancini menghadiahkan kekalahan pertama United di Old Trafford selepas 18 bulan sekali gus menjadikan rekod gemilang laman sendiri United yang menjadi kekuatan utama untuk merangkul kejuaraan liga kali ke-19 musim lalu, tidak lagi relevan.

Dua gol masing-masing disumbangkan Mario Balotelli dan Edin Dzeko, serta satu gol jaringan David Silva dan Sergio Aguero menghadiahkan kemenangan paling bergaya buat City dalam pertemuan tetangga yang paling dinanti-nantikan musim ini.

Selepas sembilan perlawanan, City meledak 33 gol hasil strategi menyerang yang cukup berkesan digarap Mancini. Tiga penyerangnya - Aguero, Dzeko dan Balotelli - berada dalam kelompok lima penjaring terbanyak liga, dibantu kelincahan Silva mencipta peluang jaringan.

Mancini tetap kagum dengan usaha United untuk terus menyerang biarpun terpaksa bermain dengan 10 pemain hampir keseluruhan babak kedua selepas Jonny Evans dibuang padang yang mencetuskan kemarahan Ferguson

Peluang Ronaldo pecah rekod (26oct 2011)

MADRID: Cristiano Ronaldo mencipta hatrik untuk membantu Real Madrid membelasah Malaga 4-0 dan kini berpeluang cerah untuk memecahkan rekod 100 gol apabila gergasi Sepanyol itu bertemu Villarreal, pertengahan minggu ini.

Sebelum pertemuan dengan Malaga Ronaldo sebelum ni ketandusan gol ketika rakan sepasukan mencipta jaringan untuk Real, termasuk tiga hatrik yang disempurnakan Gonzalo Higuain, satu daripadanya bersama skuad kebangsaan Argentina.


Gol terakhir dilakar olehnya di saingan liga hadir kira-kira sebulan lalu ketika menentang Rayo Vallecano tetapi tiga gol dijaringkan Sabtu lalu meletakkannya penjaring terbanyak bersama Lionel Messi dari Barcelona dengan 10 gol.

Ronaldo meledakkan hatrik dalam tempoh 15 minit pada babak pertama dan berpeluang menambah satu lagi gol tetapi sepakan percuma yang diambilnya tersasar.


“Saya sangat gembira dengan tiga gol ini tapi yang penting kami berjaya mencatat kemenangan,” kata bintang Portugal itu yang kini sudah menjaringkan 98 gol buat Real.


“Kadang kala anda membantu pasukan dan pada waktu lain menjaringkan gol. Itulah cara kerja berpasukan. Saya tidak terlalu risau apabila gagal menjaringkan gol. “Pasti menarik andai berjaya mencapai 100 gol pada musim ini tapi kejayaan pasukan lebih penting dan kini kami berdepan satu lagi tugas penting bertemu Villarreal.” Messi pula melalui detik suram apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika Barcelona sekadar seri tanpa jaringan dengan Sevilla sekali gus menyaksikan mereka berada di belakang Real yang menduduki tempat kedua sementara Levante mengungguli tangga teratas liga.

Messi perlu kembali kepada prestasi sebenar di Grenada dan jurulatih Barcelona, Pep Guardiola yakin aksi kurang meyakinkan Messi sejak kebelakangan ini tidak akan menjejaskan prestasi keseluruhannya.


“Mentalnya sangat kuat. Meskipun gagal menyempurnakan sepakan penalti, Messi pasti akan menjaringkan gol pada perlawanan lain,” katanya

Ferguson akan buat Mancini menderita (26oct 2011)



Alex Ferguson


LONDON - Bekas bintang penyerang England, Ian Wright percaya, pengurus Manchester City, Roberto Mancini bakal berdepan ujian paling sukar sepanjang kariernya sebagai pengurus iaitu berurusan dengan permainan psikologi Alex Ferguson.

Kevin Keegan pernah tewas di bawah tekanan Ferguson, malah pengurus Arsenal, Arsene Wenger bergelut selama beberapa tahun kerana perkara yang sama.

Selepas melakar kemenangan luar biasa 6-1 di Old Trafford, Ahad lalu, Mancini bakal mendapati dirinya berada di posisi yang tidak pernah difikirkan, kerana Ferguson akan menggunakan segala taktik yang ada untuk memberi tekanan kepada jurulatih kelahiran Itali itu.

Antara langkah pertama yang akan dilakukan pengurus veteran itu adalah memberi tekanan berterusan kepada City dengan menekankan bahawa United tetap akan merangkul kejuaraan liga, tetapi pada masa yang sama memberi pengharapan kepada penyokong City.

Mancini pernah membimbing tiga kelab besar di Itali iaitu Fiorentina, Lazio dan Inter Milan, namun dalam Serie A, tiada orang seperti Ferguson yang suka mencelah ketika sidang akhbar pra-perlawanan.

"Saya adalah peminat setia pengurus United dan pasukannya. Saya yakin mereka pasti akan bangkit daripada kekalahan besar itu.

"Saya beri jaminan bahawa Fergie pasti akan terus menekan City dengan menegaskan bahawa pasukan itu tidak mungkin merangkul kejuaraan, United tetap pilihan utama dan perjalanan masih panjang untuk mereka mengejar City.

"Bagi City pula, saya tidak suka dengan gelaran jiran yang bising yang diberikan kepada mereka. Pasukan ini sedang berada pada kedudukan yang bagus, namun mereka sedar kalau mereka terlepas beberapa mata maka United menunggu masa untuk 'mematahkan leher' mereka,'' kata Wright.

Ujar Wright lagi, anak-anak buah Mancini juga masih perlu berkunjung ke tiga gergasi England, Liverpool, Chelsea dan Arsenal, dan perlu membawa pulang mata penuh untuk mengukuhkan kedudukan.

Malah katanya, Mancini juga berdepan dengan tekanan dapenyokongnya sendiri yang kini meletakkan harapan tinggi untuk melihat pasukan itu menjulang kejuaraan liga pertama selepas sekian lama sedang hakikatnya aksi liga masih panjang.

"Seperti Jose Mourinho, saya rasa Mancini sangat menghormati Ferguson, jadi saya tidak pasti sama ada akan berlaku perbalahan mulut di antara mereka.

"Pada perlawanan minggu lalu, saya tidak rasa United bermain pada tahap sebenar tetapi anda juga pasti bersetuju bahawa City adalah pasukan yang baik.

"Tindakan buang padang Jonny Evans adalah detik yang genting selepas United ketinggalan 0-1 ketika itu tetapi kita juga boleh lihat City lebih menyerlah dengan persembahan hebat dari James Milner, Yaya Toure, David Silva, Micah Richards dan Mario Balotelli.

"Saya percaya, City tetap akan menang sekali pun jika tiada pemain yang dibuang padang. Mereka tidak gentar berdepan United, itulah sikap yang saya suka,' ujar Wright lagi.

Bagaimanapun tegas Wright, pemain-pemain City kini berdepan tugas berat untuk menjulang kejuaraan iaitu memastikan mereka mampu mengekalkan kosistensi.

Milan tagih khidmat Balotelli (26oct 2011)

MILAN - Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani mengakui, dia mengimpikan untuk membawa masuk bintang muda Itali, Mario Balotelli ke San Siro.

"Balotelli merupakan keghairahan serta impian saya untuk mendapatkan khidmatnya.

"Ini kerana, dia merupakan seorang pemain yang hebat. Balotelli beraksi bersama Milan? Siapa tahu ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

"Saya sudah memikirkan mengenai perkara ini setiap masa, malah presiden (Silvio Berlusconi) juga memikirkan perkara yang sama.

"Kami berasakan bahawa Balotelli perlu beraksi dalam kelab ini," kata Galliani.

Sebelum berhijrah ke City, Balotelli menyarung jersi Inter Milan.

Namun, sepanjang tiga musim bersama kelab tersebut, Balotelli sering kali dikritik berhubung isu perkauman dan disebabkan itu, dia membuat keputusan berhijrah ke City

Juventus vs Fiorentina (25oct 2011)

Juventus
Fiorentina
Sepak Mula: 19:45
Separuh Masa Pertama: 1-0
Tamat Masa: 2-1
Tarikh: 25 Oct 2011
(1-0)Leonardo Bonucci
13
45
Alessio CerciAlberto Gilardino
57
(1-1)Stevan Jovetic
(2-1)Alessandro Matri
65
68
Valon Behrami
71
Juan VargasAdem Ljajic
76
Gianni Munari
Mirko VucinicMarcelo Estigarribia
78
Claudio Marchisio
84
84
Houssine KharjaSantiago Silva
Simone PepePaolo De Ceglie
87
Arturo VidalMichele Pazienza
88
90
Cesare Natali
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management