Ronaldo ledak hatrik (24oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Sunday 23 October 2011

Ronaldo ledak hatrik (24oct 2011)


RONALDO (dua dari kiri) diraikan oleh rakan-rakan sepasukannya selepas meledak gol ketika menentang Malaga di Stadium La Rosaleda awal pagi semalam.


MADRID - Pemain sayap Portugal, Cristiano Ronaldo meledak hatrik bagi membantu Real Madrid melakar kemenangan 4-0 ke atas Malaga dalam saingan Liga Sepanyol di Stadium La Rosaleda awal pagi semalam.

Kemenangan itu menyaksikan Real merampas kedudukan selaku pendahulu liga daripada musuh tradisi mereka, Barcelona dengan mengumpul 19 mata selepas mengharungi lapan perlawanan.

"Pada babak pertama perlawanan, persembahan kami sungguh menakjubkan dan disebabkan itu, kami berjaya mencatatkan kemenangan.

"Saya tidak banyak mendapat bola, tetapi apabila memiliki peluang untuk menjaringkan gol, saya tidak mensia-siakannya," kata Ronaldo.

Penyerang Argentina, Gonzalo HiguaĆ­n membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 sebelum Ronaldo meledak hatrik hasil jaringan yang dilakukannya pada minit ke-23, 28, dan 38.

Sementara itu, nasib berbeza dialami Barcelona apabila gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan Sevilla di Nou Camp.

Skuad The Catalan pada awalnya mempunyai peluang untuk mencatatkan kemenangan, sekali gus mengutip tiga mata penuh apabila memperoleh sepakan penalti pada lewat perlawanan.

Bagaimanapun, penyerang Argentina, Lionel Messi gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut selepas penjaga gol Sevilla, Varas berjaya menafikannya.

Terdahulu, Varas turut beraksi cemerlang apabila berjaya menggagalkan beberapa percubaan merbahaya barisan pemain Barcelona termasuklah daripada Andres Iniesta.

"Saya fikir kami telah beraksi dengan baik, tetapi penjaga gol Sevilla (Varas) ternyata cemerlang.

"Varas wajar diberikan pujian di atas prestasi cemerlangnya pada perlawanan hari ini (awal pagi semalam)," kata jurulatih Barcelona, Pep Guardiola.

Keputusan itu menyebabkan anak-anak buah Guardiola turun ke tangga kedua liga, ketinggalan satu mata di belakang Real

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management