Messi gagal bantu Barcelona catat kemenangan (24oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Sunday 23 October 2011

Messi gagal bantu Barcelona catat kemenangan (24oct 2011)

MADRID - Kegagalan Lionel Messi menyempurnakan penalti pada masa kecederaan menyebabkan Barcelona berputih mata apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Sevilla yang sekadar beraksi dengan sembilan pemain pada penghujung perlawanan.

Bertambah mengecewakan, Barca terpaksa menyerahkan takhta liga kepada musuh ketat mereka, Real Madrid yang membelasah Malaga 4-0 hasil jaringan hatrik Cristiano Ronaldo dan berada di kedudukan teratas dengan kelebihan satu mata.

Barcelona kini berjaya mengekalkan rekod tanpa bolos dalam enam perlawanan berturut-turut dan walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan di Camp Nou, mereka dihampakan oleh aksi cemerlang pertahanan Sevilla dan persembahan hebat Javi Varas yang banyak menyelamatkan percubaan Barca.

Varas menafikan percubaan Andres Iniesta dan menepis keluar rembatan David Villa sebelum separuh masa pertama.

Perlawanan menjadi agak tegang pada minit-minit terakhir apabila Iniesta dijatuhkan dalam kawasan penalti dan Barca mendapat sepakan penalti.

Pemain gantian, Frederic Kanoute mendapat kad merah kerana menyerang Cesc Fabregas sebelum sepakan penalti diambil oleh Messi dan Varas sekali lagi bertindak cemerlang menafikan hajat Barca.

Seorang lagi pemain Sevilla, Fernando Navara turut mendapat kad merah selepas mengutip dua kad kuning.

Sementara itu, Ronaldo menjaringkan hatrik dalam masa 15 minit bagi membantu Real Madrid membenam Malaga pada separuh masa pertama.

Gonzalo Higuain, yang telah melakukan dua hatrik pada dua perlawanan terakhir bersama Real terlebih dahulu meletakkan Real di hadapan selepas 10 minit permainan bermula sebelum Ronaldo mengganas dengan tiga jaringan.

''Saya gembira dengan cara kita bermain, segalanya tampak sempurna dan cara kita menekan lawan apabila kehilangan bola.

''Ini adalah perlawanan yang saya suka lihat dalam banyak aspek, kami menjaringkan gol dari pelbagai cara dan pada separuh masa kedua, amat sukar untuk mengekalkan pada tahap yang sama. Selepas separuh masa, Malaga bermain untuk menjaga maruah mereka dan hampir mendapatkan gol, "kata jurulatih Real, Jose Mourinho

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management