Milan tagih khidmat Balotelli (26oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Tuesday 25 October 2011

Milan tagih khidmat Balotelli (26oct 2011)

MILAN - Naib Presiden AC Milan, Adriano Galliani mengakui, dia mengimpikan untuk membawa masuk bintang muda Itali, Mario Balotelli ke San Siro.

"Balotelli merupakan keghairahan serta impian saya untuk mendapatkan khidmatnya.

"Ini kerana, dia merupakan seorang pemain yang hebat. Balotelli beraksi bersama Milan? Siapa tahu ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

"Saya sudah memikirkan mengenai perkara ini setiap masa, malah presiden (Silvio Berlusconi) juga memikirkan perkara yang sama.

"Kami berasakan bahawa Balotelli perlu beraksi dalam kelab ini," kata Galliani.

Sebelum berhijrah ke City, Balotelli menyarung jersi Inter Milan.

Namun, sepanjang tiga musim bersama kelab tersebut, Balotelli sering kali dikritik berhubung isu perkauman dan disebabkan itu, dia membuat keputusan berhijrah ke City

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management