‘MU masih hebat’ (26oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Tuesday 25 October 2011

‘MU masih hebat’ (26oct 2011)

MANCHESTER: Manchester United masih pasukan hebat berbanding jirannya City, kata Roberto Mancini selepas pasukannya menumpaskan juara bertahan itu, 6-1 untuk menduduki tangga teratas Liga Perdana dengan kelebihan lima mata.

Hanya selepas City menang gelaran liga pertama sejak 1968 akan meyakinkan pengendali dari Itali itu untuk menukar persepsi itu meskipun kemenangan besar yang diraih musuh ketat paling berjaya itu membuatkan rakan sejawatnya, Alex Ferguson meratapi ‘keputusan paling buruk dalam kariernya’.


“Ini baru satu perlawanan,” kata Mancini. “Saya rasa United masih selangkah di depan, kami hanya dapat menukar hakikat ini jika menang (liga) di penghujung musim. Selepas itu mungkin keadaan berbeza tapi buat masa ini, United masih lebih baik berbanding kami.” Anak buah Mancini menghadiahkan kekalahan pertama United di Old Trafford selepas 18 bulan sekali gus menjadikan rekod gemilang laman sendiri United yang menjadi kekuatan utama untuk merangkul kejuaraan liga kali ke-19 musim lalu, tidak lagi relevan.

Dua gol masing-masing disumbangkan Mario Balotelli dan Edin Dzeko, serta satu gol jaringan David Silva dan Sergio Aguero menghadiahkan kemenangan paling bergaya buat City dalam pertemuan tetangga yang paling dinanti-nantikan musim ini.

Selepas sembilan perlawanan, City meledak 33 gol hasil strategi menyerang yang cukup berkesan digarap Mancini. Tiga penyerangnya - Aguero, Dzeko dan Balotelli - berada dalam kelompok lima penjaring terbanyak liga, dibantu kelincahan Silva mencipta peluang jaringan.

Mancini tetap kagum dengan usaha United untuk terus menyerang biarpun terpaksa bermain dengan 10 pemain hampir keseluruhan babak kedua selepas Jonny Evans dibuang padang yang mencetuskan kemarahan Ferguson

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management