Suarez kembali cetus kontroversi (24oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Sunday 23 October 2011

Suarez kembali cetus kontroversi (24oct 2011)


SUAREZ gagal membantu Liverpool melakar kemenangan ketika menentang Norwich di Anfield semalam.


LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Kenny Dalglish tetap mempertahankan penyerangnya, Luiz Suarez selepas sekali lagi menimbulkan kontroversi dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

Minggu lalu, penyerang antarabangsa Uruguay itu didakwa telah mengeluarkan kata-kata berbentuk perkauman dan penghinaan terhadap tonggak pertahanan Manchester United, Patrice Evra.

Awal pagi semalam, Suarez sekali lagi dikritik ekoran lakonannya yang dilihat sengaja menjatuhkan badan selepas diterjah pemain pertahanan Norwich City, Marc Tierney.

Bagaimanapun, pengadil perlawanan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Tierney.

"Saya akan bercakap sesuatu, tetapi bukan menambahkan cerita.

"Semua orang mempertikaikan integriti Suarez. Bagi saya, integriti Suarez yang perlu dipersoalkan dan bukan dirinya," kata Dalglish.

Diminta mengulas mengenai persembahan anak-anak buahnya ketika menentang Norwich, Dalglish berkata, dia langsung tidak bimbang dengan situasi yang dialami Liverpool ketika ini selepas terlepas peluang untuk berada dalam kelompok empat kelab teratas liga.

Sebagai rekod, skuad The Reds hanya mampu mencatatkan dua kemenangan daripada lima perlawanan di tempat sendiri termasuk seri 1-1 dengan Norwich semalam.

Mengulas lanjut, Dalglish menjelaskan, anak-anak buahnya mempunyai 25 peluang untuk menjaringkan gol, namun gagal disempurnakan dengan baik.

"Jika kamu tidak memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada untuk menjaringkan gol, kamu hanya akan memberi peluang itu kepada pihak lawan dan mereka pasti tidak akan mensia-siakannya.

"Kami kecewa dengan keputusan pada perlawanan hari ini (kelmarin). Jika kami sentiasa mencipta peluang untuk menjaringkan gol, kami memiliki pemain yang cukup untuk menyempurnakannya.

"Jika pemain-pemain meneruskan corak permainan seperti ini, mereka akan menang banyak perlawanan," jelas Dalglish.

Pada aksi di Anfield itu, skuad The Reds terlebih dahulu di depan hasil jaringan Craig Bellamy pada masa kecederaan babak pertama.

Penyerang gantian Norwich, Grant Holt memusnahkan harapan Liverpool apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-60

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management