'Bukan mudah mengatasi United' (23oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Saturday 22 October 2011

'Bukan mudah mengatasi United' (23oct 2011)



MANCINI mengakui bukan tugas mudah untuk mengatasi United di Old Trafford.


LONDON - "Bukan mudah untuk mengatasi United."

Demikian pengakuan pengurus Manchester City, Roberto Mancini menjelang pertemuan kedua-duak pasukan dalam saingan Liga Perdana England di Old Trafford hari ini.

Menurut Mancini, reputasi pengurus United, Alex Ferguson amat sukar untuk disaingi dan dia telah menikmati banyak kejayaan sejak mengendalikan skuad tersebut 25 tahun lalu.

"Dalam masa 25 tahun, United telah meraih pelbagai keja- yaan di bawah Alex.

"Saya anggap dia adalah 'sifu' dan saya juga perlu belajar dari- pada pengalamannya," kata Mancini.

Mancini, 46, telah memenangi tiga gelaran liga ketika bersama Inter Milan tetapi masih gagal untuk menggenggam gelaran Eropah sejak bergelar pengurus.

Ferguson, 69, pula memiliki rekod yang cukup cemerlang sama ada kejayaan dalam saingan liga domestik mahupun Eropah.

"Berdasarkan rekod cemerlang itu, saya akui sukar untuk menandingi. United memang diakui hebat sejak di bawah kempimpinannya. Mereka sentiasa tampil dengan gaya yang amat menakjubkan.

"Kekuatan mereka adalah sentiasa mahukan kejayaan," jelas Mancini.

Sejak City diambil alih oleh Sheikh Mansour dengan pelaburan berjumlah RM3.7 bilion, mereka sekadar berjaya meng- atasi United sekali sahaja iaitu pada pusingan separuh akhir Piala FA musim lalu

Begitupun, dalam saingan liga City tewas dalam lima pertemuan terdahulu sejak September 2008 dan seri sekali.

Tetapi kali ini, situasi mungkin berbeza kerana City akan bertandang ke Old Trafford dengan reputasi sebagai pendahulu kedudukan liga dengan kelebihan dua mata ke atas United.

"Buat pertama kali, kami akan menentang United sebagai pendahulu liga dan sudah pasti sikap kami juga akan berbeza meskipun saya sedar pertemuan ini tidak semudah yang dijangka," kata Mancini.

"Jika kami pulang dengan satu mata dari Old Trafford, saya boleh katakan ia adalah suatu kejayaan buat kami."

Berdasarkan rekod lalu, City hanya sekali berjaya mengatasi United di Old Trafford dalam tempoh 37 tahun ketika di bawah kendalian Sven-Goran Eriksson.

City menang 2-1 pada perla- wanan tersebut yang berlangsung pada February 2008.

Bagi Ferguson, pasukan yang bakal meraih kemenangan pada perlawanan hari ini akan menjadi pentanda kebangkitan untuk menguasai liga.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management