MANCHESTER - Pengurus Manchester City, Roberto Mancini tetap yakin skuadnya mampu menjuarai saingan peringkat kumpulan selepas mencatatkan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Villarreal di Stadium Etihad, iaitu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara.
City memerlukan gol melalui pemain gantian Sergio Aguero pada minit terakhir masa kecederaan bagi meraih kemenangan.
Keputusan semalam juga memastikan mereka masih berpeluang memberi saingan kepada pendahulu kumpulan, Bayern Munich dan Napoli yang berada pada tangga kedua.
"Tempat pertama dalam kumpulan masih terbuka buat semua pasukan. Saya harap kemenangan ini memberikan kesan dalam mengharungi kejohanan ini.
"Kami akan ke Villarreal dalam masa 15 hari lagi, mereka adalah sebuah pasukan yang baik dan mampu mempamerkan aksi bola sepak yang berkualiti.
"Selepas itu, perlawanan di Naples berdepan Napoli saya anggap antara perlawanan terpenting. Saya tidak tahu bagaimana situasi kami kerana pada masa ini Bayern Munich meraih tujuh mata, Napoli lima dan kami empat, peluang untuk tempat pertama dan kedua masih terbuka antara tiga pasukan, " kata Mancini
No comments:
Post a Comment