United yakin lumpuhkan City(23oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Saturday 22 October 2011

United yakin lumpuhkan City(23oct 2011)



FERGUSON tidak menganggap City sebagai pencabar utama mereka musim ini meskipun jiran mereka itu telah menunjukkan kebangkitan mendadak musim ini.


MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin untuk mele- nyapkan impian jiran mereka, Manchester City pada perlawanan yang dilabel sebagai 'perlawanan besar' Liga Perdana England hari ini.

Dengan nada penuh angkuh, Ferguson menganggap City bukanlah pencabar mereka dalam perebutan memburu juara liga sebaliknya tetap menganggap Chelsea sebagai ancaman utama mereka.

City di bawah kendalian Roberto Mancini akan bertandang ke Old Trafford hari ini untuk membuat perhitungan dalam perla- wanan besar itu dengan harapan mampu menjarakkan kedudukan mereka dengan jiran mereka itu dalam kedudukan liga.

Begtiupun, Ferguson sekadar menjelaskan bahawa jiran mereka itu adalah sekadar antara pencabar biasa yang tidak mungkin mampu menggugat reputasi United yang telah meraih banyak kejayaan dalam saingan liga sejak bebe- rapa tahun dulu.

"Kami tidak fikirkan sangat siapa yang tampil untuk mencabar kami. Kami tidak pernah ada perasaan gentar untuk berhadapan sesiapa. Seperti yang telah dibuktikan sejak beberapa tahun sebelumnya, kami memiliki keupayaan untuk menewaskan semua pasukan yang dikatakan sebagai pencabar kami.

"Tahun ini, City mungkin dilihat seba- gai pencabar utama kami tetapi kamu lupa bahawa Chelsea juga adalah penca- bar yang perlu diawasi.

"Mereka (Chelsea) memiliki barisan pemain yang berpengalaman. Kamu tidak boleh memandang mudah kemampuan mereka.

"Apa pun, saya tetap memasang tekad untuk menamatkan kempen musim ini di hadapan kedua-dua pasukan ini iaitu City dan Chelsea," kata Ferguson.

"Kejayaan City hanya disebabkan mereka memiliki kemampuan dari segi kewangan dan sebab itulah mereka kini berada di puncak liga.

"Kami sudah biasa berdepan dengan segala cabaran dan sebab itu kami tidak pernah ada perasaan gentar untuk berdepan dengan sesiapa sahaja."

Menurut, Ferguson, pertemuan menentang City hari ini adalah sebahagian daripada cabaran yang mereka lalui dalam saingan liga.

Katanya, memang diakui City telah me- nunjukkan peningkatan musim ini tetapi tetap mempersoalkan sama ada jiran mereka itu mampu mengekalkan rentak konsisten mereka itu.

Menurutnya, perlawanan hari ini akan menjadi penentu terhadap kemampuan United.

"Kemenangan ke atas City akan menjadi kebangkitan kami untuk terus menguasai liga."

Ketika penyokong kedua-dua pasukan sudah tidak sabar menanti perlawanan besar ini, tetapi persiapan menjelang aksi di Old Trafford itu turut dibayangi isu penyerang City, Carlos Tevez yang tidak mahu diturunkan oleh Mancini pada aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich baru-baru ini.

Ferguson bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang komen mengenai isu penyerang dari Argentina itu tetapi me- nganggap Mancini telah bertindak bijak untuk menangani isu tersebut sejak beliau memegang tugas pengurus City.

"Saya tidak mahu komen. Apa pun, Mancini telah menjalankan tugas dengan bijak.

"Fokus kami sekarang adalah untuk mengatasi City pada perlawanan esok (hari ini)," katanya

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management