Arsenal batal hasrat cari pemain pertahanan baru (20oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Wednesday 19 October 2011

Arsenal batal hasrat cari pemain pertahanan baru (20oct 2011)

MARSEILLE: Arsenal tidak akan mencari pemain pertahanan tengah baru apabila pasaran perpindahan pemain dibuka Januari ini selepas pemain antarabangsa Belgium, Thomas Vermaelen menyambung kontraknya bersama kelab London itu, kata pengurus pasukan, Arsene Wenger.

“Ia satu berita baik dan menamatkan perdebatan sama ada kami akan membeli pemain pertahanan tengah yang baru kerana kini kami sudah mempunyai lima pemain jadi kami tidak lagi perlu mencari pemain di posisi itu,” kata Wenger sebelum perlawanan menentang Olympique Marseille dalam saingan Liga Juara-Juara di Stade Velodrome.

Vermaelen, 25, yang mengalami kecederaan sejak Ogos lalu namun kini sudah semakin sembuh untuk kembali cergas, berkata dia gembira untuk turut menyumbangkan bakti bersama kelab itu.

“Saya amat gembira kerana dapat menyambung kontrak baru bersama Arsenal. Saya sentiasa mempunyai niat untuk terus kekal di sini,” katanya dalam laman web rasmi kelab (www.arsenal.com).

“Saya dapat berasakan satu kepercayaan besar diberikan oleh kelab, bos dan peminat kepada saya dan itu adalah antara penyebab mengapa saya terus kekal di sini.” Bagaimanapun masih belum jelas bilakah kontrak Vermaelen itu akan tamat namun media melaporkan ia mungkin tamat selepas musim 2014-15.


No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management