Capello tetap senarai Rooney (21oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Thursday 20 October 2011

Capello tetap senarai Rooney (21oct 2011)

LONDON - Pengurus England, Fabio Capello memberi bayangan tetap akan menyenaraikan Wayne Rooney dalam skuad Euro 2012 meskipun pemain itu bakal terlepas semua tiga aksi kumpulan kerana digantung tiga perlawanan oleh UEFA.

Capello belum bercakap mengenai Rooney sejak penyerang Manchester United itu dihukum UEFA ekoran kad merah yang diterimanya ketika perlawanan kelayakkan di Montenegro awal bulan ini.

Persatuan Bola Sepak England (FA) belum memutuskan sama ada untuk merayu terhadap penggantungan tersebut.

Namun FA menerima hakikat Rooney tidak dapat tampil dalam fasa pertama kejohanan di Poland dan Ukraine.

Di sebalik kebimbangan England mungkin gagal mara ke pusingan kalah mati, Capello memberi petunjuk mengenai perancangannya sewaktu berucap di hadapan tetamu pada majlis Kelab Wembley, semalam.

"Pemain-pemain muda beraksi dengan bagus dan sudah bersedia digandingkan dengansenior, namun pengalaman pemain senior sangat penting.

"Semasa perlawanan, kita perlukan pemimpin, seseorang yang mengetahui apa yang harus dilakukan.

"Jack Wilshere sememangnya terbukti kehebatannya pada usia semuda itu.

"Kita juga perlukan pengalaman John Terry, Rio Ferdinand dan Scott Parker. Anda perlukan jenis pemain sedemikian, saya harap termasuk Rooney," ujar Capello.

Capello sedar Rooney akan menjadi kunci kepada peluang kejayaan England dan penyerang tersebut yang akan menjangkau usia 26 tahun minggu depan, menunjukkan dia pemain yang boleh diharap apabila menyempurnakan dua penalti untuk membantu United menewaskan Otelul Galati, Selasa lalu.

Dua rakan sepasukan Rooney di United, Phil Jones dan Chris Smalling, adalah antara barisan muda yang turut menyerlah beberapa bulan lalu.

Capello enggan meletak tekanan terlalu tinggi terhadap mereka, tetapi dia percaya skuad yang dimilikinya kini adalah jauh lebih seimbang daripada ketika dia mengambil alih Three Lionsempat tahun lalu.

"Saya gembira denga pemain-pemain saya. Saya mempunyai keyakinan tinggi dalam setiap mereka.

"Tidak ramai pemain muda di dunia ini yang lebih bagus daripada England," katanya.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management