redknapp sanjung Pavlyuchenko (21oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Friday 21 October 2011

redknapp sanjung Pavlyuchenko (21oct 2011)

Getty Images
London - Gol tunggal Roman Palvyuchenko mencipta kemenangan Tottenham Hotspur atas Rubin Kazan. Atas prestasi yang bagus, Pavlyuchenko memperoleh pujian dari pengurus, Harry Redknapp.
Sebelum ini Redknapp mendedahkan niatnya untuk menjual Palvyuchenko di pasaran transfer Januari nanti selepas pemain itu kurang menyerlah berbanding dengan penyerang Spurs lain.
Striker Rusia itu lantas bertindak balas dengan gol tendangan cantik untuk memberi kemenangan pasukannya 1-0 di White Hart Lane, Jumaat (20/10) hari ini.
Atas tiga angka tambahan yang diraih, The Lily Whites kini mendahului Kumpulan A dengan kejayaan tujuh mata hasil tiga kali bertanding.
"Dia (Palvyuchenko) seorang penyerang hebat," sanjung Redknapp kepada Channel Five.
"Dia punya dua kaki yang bagus. Secara teknikal dia top, pemain yang top - tidak ada keraguan tentang itu. Senang melihat dia menjaringkan gol."
Secara keseluruhan, Redknapp mengaku berpuas hati dengan penampilan skuadnya kerana berjaya mengalahkan Rubin yang sebulum ini mampu mengalahkan juara Eropah, Barcelona dua tahun lalu.
"Perlawanan tadi sangat sengit. Mereka (Rubin) adalah pasukan yang bagus. Mereka pernah menumbangkan Barcelona. Mereka bukan pasukan yang buruk.
"Saya fikir tadi adalah prestasi yang bagus. Kami sedikit perlahan di akhir tapi saya gembira dengan pasukan saya," tegas Redknapp.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management