Fergie perkecil City, Mancini cakap besar(23oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Saturday 22 October 2011

Fergie perkecil City, Mancini cakap besar(23oct 2011)

MANCHESTER - Alex Ferguson menegaskan Manchester United mahu meranapkan cabaran kejuaraan oleh pasukan 'jiran bising' mereka, Manchester City pada pertembungan derby hari ini.

Ferguson percaya Chelsea tetap merupakan pencabar United untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL)

Skuad Roberto Mancini, akan ke Old Trafford hari ini untuk derby pertama Manchester dalam EPL musim ini pada kedudukan janggal, mengatasi United dengan dua mata pada tangga teratas liga.

Begitupun, Ferguson percaya pencabar setempat mereka itu masih jauh untuk memberikan cabaran kepada kedudukan United sebagai kuasa dominan dalam bola sepak England.

"Tanpa mengira dari mana datangnya sesuatu cabaran dalam liga ini, anda harus sedar anda perlu mengalahkan sesebuah pasukan.

"Tahun ini ia mungkin City. Saya rasa anda tidak matang jika mengetepikan sama sekali peluang kejuaraan Chelsea.

"Mereka adalah pasukan paling berpengalaman dari segi pemain. Pasukan mereka dipenuhi dengan pemain yang kaya dengan pengalaman.

"Anda tidak boleh mengetepikan mereka. Kami harap dalam menamatkan saingan dengan mengatasi mereka. Bagi kami, itulah yang dinamakan perlawanan.

"Wang bukan masalah di City. Mereka berada pada puncak liga dan mereka sentiasa menerima cabaran," katanya.

Sementara itu, Mancini, yang kerap berkata pasukannya hanya 'dua ela' di belakang United, yakin City sudah menutup jurang perbezaan dan mampu mengekalkan tangga teratas liga sehingga hujung musim.

"Ya saya pasti. Saya tidak tahu jika kami boleh menang semua perlawanan kerana sehingga sekarang, kami mencatat tujuh kemenangan dan satu seri.

"Kami banyak mengharungi perlawanan namun saya rasa kami boleh kekal pada tangga teratas untuk tempat yang lama," katanya.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management