Gerrard kempunan julang Liverpool (17 oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Sunday, 16 October 2011

Gerrard kempunan julang Liverpool (17 oct 2011)



STEVEN Gerrard (kiri) ketika menyempurnakan sepakan percuma yang cantik untuk gol pendahuluan Liverpool ketika menentang Manchester United di Anfield kelmarin.


LONDON - Kapten Liverpool, Steven Gerrard tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas pasukan tersebut sekadar seri 1-1 dengan Manchester United dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.

Biarpun Gerrard berjaya meletakkan skuad The Reds di depan hasil jaringan yang dilakukan menerusi sepakan percuma pada minit ke-68 namun United berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang Mexico, Javier Hernández minit ke-81.

Jika tidak disebabkan ketangkasan penjaga gol United, David De Gea yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya, skuad The Reds pastinya sudah boleh mengutip tiga mata penuh pada aksi yang berlangsung di Anfield itu.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Liverpool terus gagal untuk merapatkan jurang mata dengan United selepas ketinggalan enam mata.

"Saya percaya penyokong-penyokong kami (Liverpool) pastinya berasa kecewa apabila melihat beberapa peluang untuk menjaringkan gol gagal disudahkan dengan baik.

"Sebelum perlawanan bermula, matlamat utama kami adalah untuk merapatkan jurang mata dengan United kepada tiga mata sahaja.

"Sepakan percuma yang saya lakukan itu bukanlah yang terbaik kerana pada mulanya saya mahu melepasi halangan yang dilakukan barisan pemain United tetapi bola hanya melalui di celah-celah pemain sahaja.

"Mungkin nasib tidak menyebelahi kami ketika saya kembali beraksi sepenuhnya dalam kesebelasan utama," kata Gerrard.

Sebelum ini, Gerrard terpaksa ditepikan selama enam bulan selepas menjalani pembedahan di bahagian pangkal peha

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management