Barca sempurna (19oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Tuesday 18 October 2011

Barca sempurna (19oct 2011)

BARCELONA: Ketika kebanyakan tumpuan diberikan kepada ketajaman jentera serangan Barcelona, barisan pertahanan pula semakin mantap apabila mensasarkan lima perlawanan berturut-turut tanpa dibolosi menjelang kunjungan Viktoria Plzen, awal pagi esok.

Skuad kendalian Pep Guardiola bermula hambar pada permulaan awal kempen ini dengan kesilapan barisan pertahanan mencatat dua keputusan seri menerusi tiga perlawanan termasuk 2-2 di laman sendiri dengan AC Milan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H Liga Juara-Juara.

Kecederaan yang melanda Carles Puyol, Gerard Pique dan Eric Abidal sebelum ini jelas tidak membantu namun sekarang mereka kelihatan lebih kukuh di barisan belakang walaupun Pique mengalami kecederaan ketika menyingkirkan Racing Santander 3-0, Sabtu lalu.

Penjaga golnya, Victor Valdes tidak melepaskan sebarang gol dalam empat perlawanan sejak Barca seri 2-2 dengan Valencia di gelanggang lawan bulan lalu.

Secara umumnya kecederaan adalah masalah utama kelab Catalan itu dengan sembilan pemain dilaporkan mengalaminya sejak Ogos dan Pique kini tersisih selama dua minggu kerana kecederaan paha.

Namun Andres Iniesta bakal kembali dalam kesebelasan utama selepas tersisih selama sebulan ketika menentang Racing.

Cesc Fabregas sudah kembali menjalani latihan namun tidak dijangka cergas untuk tempoh dua minggu lagi selepas permulaan yang hebat di Barca yang tersekat kerana ketegangan otot manakala Alexis Sanchez dan Ibrahim Afellay turut tersisih dengan kecederaan bagi tempoh yang panjang.

“Adalah penting untuk pulih sepenuhnya dan tidak memburukkan keadaan,” kata Abidal.

“Kami perlu menjaganya kerana ada banyak perlawanan dan kami perlu berada dalam prestasi terbaik.” Barcelona adalah pendahulu bersama Kumpulan H dengan empat mata selepas kekecewaan seri di laman sendiri menentang Milan apabila mereka membenarkan gol penyamaan pada masa kecederaan selain membelasah BATE Borisov 5-0.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management