Manchester - Setakat ini Manchester City menunjukkan penampilan yang meyakinkan. James Milner yakin dengan prestasi pasukannya saat ini City akan mampu meraih kemenangan di Old Trafford Manchester United.
MU berbekal rekod pertemuan yang lebih bagus dari City. Pasukan Sir Alex Ferguson memenangi tiga daripada lima perjumpaan terakhirnya dan cuma sekali kalah.
Kemenangan City selalunya dengan jumlah jaringan yang besar. Terakhir kali, City membenam Aston Villa dengan gol 4-1.
"Kami tahu perlawanan itu akan menjadi sebuah pertemuan yang sengit dan hebat," sahut Milner yang di Daily Mail.
"Tapi jika kami boleh terus bermain seperti biasa, kami yakin kami boleh memenangi perlawanan," tambah pemain Inggeris itu.
Ketika ini, City mendahului kedudukan liga dengan pungutan 22mata diikuti MU berada di bawahnya. Dengan perbezaan dua angka, The Red Devils akan mengambil alih kembali pimpinan Liga jika berjaya memenangi perlawanan tersebut.
No comments:
Post a Comment