Aguero kian pulih (18oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Monday 17 October 2011

Aguero kian pulih (18oct 2011)

MANCHESTER: Penyerang Manchester City, Sergio Aguero bakal pulih daripada kecederaan menjelang misi menyelamatkan situasi Liga Juara-Juara menentang Villarreal di laman sendiri, awal pagi esok.

Ketika skuad kendalian Roberto Mancini beraksi dengan baik dalam Liga Perdana apabila berada di tempat teratas mengatasi Manchester United dengan kelebihan dua mata, perkara sebaliknya berlaku dalam Kumpulan A pada kempen terbabit apabila mereka hanya meraih satu mata menerusi dua perlawanan.

“Kami masih mempunyai baki empat perlawanan dan untuk berpeluang terus mara ke peringkat seterusnya kami perlu menewaskan Villarreal. Kami memerlukan 10 mata,” kata Mancini kepada pemberita.

Aguero tidak beraksi ketika kemenangan 4-1 ke atas Aston Villa dalam saingan liga kerana masih dibelenggu kecederaan pangkal paha dan beberapa pemain utama lain turut direhatkan selepas beraksi untuk skuad kebangsaan namun pemain Argentina itu sudah cergas untuk menentang kelab dari Sepanyol yang amat dikenalinya semasa menyarung jersi Atletico Madrid dalam kancah La Liga.


“Dia akan bersedia untuk Villarreal,” kata Mancini yang turut mempunyai pengetahuan pemain tengah Sepanyol, David Silva untuk digunakan. “Saya fikir dia (Silva) adalah salah seorang pemain terbaik dunia. Dia mempamerkan peningkatan yang ketara tahun lalu.”

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management