Pening fikir Higuain, Benzema (18 oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Monday 17 October 2011

Pening fikir Higuain, Benzema (18 oct 2011)

MADRID - Meskipun menang dua aksi Liga Juara-Juara, jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho 'sakit kepala' apabila berdepan Lyon hari ini kerana sukar membuat pilihan di antara Gonzalo Higuain atau Karim Benzema.

Kelmarin, Higuain mencatat hatrik ketiganya musim ini ketika membantu Real membenam Real Betis 4-1 pada saingan La Liga.

Benzema pula menyumbat lima gol dalam semua pertandingan musim ini.

"Higuain berada dalam keadaan jauh lebih baik berbanding sebelum ini tetapi di antara dia dan Benzema, sukar hendak bercakap siapa yang akan beraksi dan siapa yang harus berada dalam simpanan.

"Mereka adalah penyerang dengan corak permainan yang berbeza tetapi ada satu persamaan, kedua-duanya menjaringkan gol,'' kata Mourinho

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management