Fergie salahkan Giggs (17oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Sunday 16 October 2011

Fergie salahkan Giggs (17oct 2011)

LIVERPOOL: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson menyalahkan Ryan Giggs selepas pemain sayap veteran itu meninggalkan benteng yang dibina sekali gus membenarkan Liverpool menjaringkan gol di Anfield malam kelmarin.

Pemain gantian, Javier Hernandez memastikan rekod tanpa kalah United berterusan menerusi jaringan lewat perlawanan untuk keputusan seri 1-1 di Anfield.

Namun Ferguson yang membuat keputusan mengejut apabila memulakan perlawanan tanpa penjaring terbanyak, Wayne Rooney yang berada di bangku simpanan jelas kecewa dengan pertahanan pasukannya yang membenarkan Steven Gerrard menjaringkan go pendahuluan Liverpool.

Giggs bersalah kerana meninggalkan benteng terbabit dengan kapten Liverpool itu yang menandakan penampilan pertama dalam tempoh tujuh bulan selepas kecederaan menerusi sepakan percuma yang mengagumkan.

“Ia adalah sangat sukar,” kata Ferguson, yang mempersoalkan sama ada sepakan percuma itu patut diberikan lebih awal selepas Rio Ferdinand menjatuhkan Charlie Adam.

“Pengadil perlawanan berada dalam tekanan yang tinggi dan saya tidak terkejut mereka mendapat sepakan percuma. “Namun kami mesti bertahan dengan lebih baik. Ia sama seperti musim lalu. Pemain sayap meninggalkan benteng dan ia adalah permainan pertahanan yang teruk.

“Saya tidak fikir mereka cukup mengancam sehingga mereka menjaringkan gol namun kemudian perlawanan terus terbuka dan kami mengambil peluang. Dalam situasi hari ini (malam kelmarin) keputusan adalah adil.” Rooney hadir menggantikan Park Ji-Sung pada minit ke-69 dan Ferguson berkata keputusan untuk meletakkannya di bangku simpanan adalah kerana pemain terbabit sudah mengharungi minggu yang sangat teruk

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management