City tumpu aksi Villarreal berbanding Man. United (18oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Monday 17 October 2011

City tumpu aksi Villarreal berbanding Man. United (18oct 2011)

MANCHESTER - Roberto Mancini mengakui perlawanan Liga Juara-Juara kelabnya, Manchester City menentang Villarreal hari ini lebih penting berbanding pertembungan derbyManchester hujung minggu ini.

City menggantikan United pada tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Aston Villa 4-1 Sabtu lalu, yang mencetuskan perang mulut dengan Alex Ferguson menjelang pertembungan di Old Trafford.

Skuad mahal Mancini masih bergelut untuk terus bersaing dalam Liga Juara-Juara selepas meraih satu mata daripada dua perlawanan awal.

Gagal mengalahkan Villarreal di Manchester hari ini bakal menyebabkan City berdepan laluan sukar untuk layak ke pusingan kalah mati dari Kumpulan A.

Setelah bersusah payah untuk layak ke kejohanan elit Eropah, Mancini terdesak dalam memastikan kempen sulung City dalam Liga Juara-Juara tidak berakhir awal.

"Adakah Villarreal lebih penting berbanding United? Ya. Namun selepas menentang Villarreal, kami ada empat hari untuk bersiap sedia untuk perlawanan derby.

"Kami tidak perlu terlalu bersedia untuk perlawanan menentang United kerana kami tahu mereka pasukan ternama dan saya tidak fikir kami perlukan persediaan yang berlainan.

"Apa yang penting sekarang ialah menumpukan pertembungan dengan Villareal. Jika kami mampu mengalahkan Villareall, mungkin kami mempunyai peluang yang lebih baik untuk ke pusingan kalah mati," kata Mancini.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management