Boca berminat bawa Tevez balik ke Argentina (19oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Tuesday 18 October 2011

Boca berminat bawa Tevez balik ke Argentina (19oct 2011)

LONDON – Boca Juniors mahu membawa Carlos Tevez kembali ke Argentina.

Kelab tersebut baru kehilangan penyerang bintang Lucas Viatri akibat kecederaan dan berhasrat mengisi kekosongan itu dengan mengambil Tevez.

Boca akan cuba membuat permohonan pinjaman daripada Manchester City pada Januari dan tawaran itu dijangka menarik minat Tevez yang mula mengembangkan bakatnya bersama kelab itu sebagai remaja pada 2001-2004.

Jose Beraldi, naib presiden kelab yang berpangkalan di Buenos Aires itu berkata: “Kami akan cuba mendapatkan Carlos Tevez. Saya sedar ia mungkin sukar tetapi kita akan tetap akan cuba.

“Pintu sentiasa terbuka kepada Carlos. Dia adalah idola Boca. Di sinilah rumahnya dan tempat dia membesar.”

Tevez masih disanjung ramai di Boca. Apabila dia melawat Stadium Bombonera pada Mei lalu, dia diberi anugerah khas sebagai pengiktirafan untuk khidmatnya.

Boca diketahui tidak mempunyai peruntukan untuk membeli Tevez, meskipun City akur mereka terpaksa menjualkan penyerang berusia 27 tahun itu pada harga potongan apabila tetingkap perpindahan dibuka semula pada Januari.

Namun, City mungkin terbuka kepada tawaran pinjaman sekiranya tiada kelab yang sanggup menawarkan harga setimpal untuk membeli Tevez.

Wakil-wakil Tevez masih mengharapkan agar minat daripada kelab besar Itali terus meningkat menjelang Januari, di samping kemungkinan kelab Brazil, Corinthians akan kembali ke meja rundingan untuk cuba mendapatkan apa yang gagal peroleh pada Ogos lalu.

Tevez yang disisihkan oleh Roberto Mancini daripada skuad utama City selepas insiden di Munich, sedang menunggu kes disiplin ke atas dirinya yang didakwa enggan diturunkan sebagai pemain gantian pada aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich tiga minggu lalu.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management