LIVERPOOL – Everton berjaya mendapatkan James McFadden secara percuma selepas dilepaskan oleh Birmingham pada penghujung musim lalu.
McFadden, yang pernah lima musim bersama Toffees sebelum berhijrah ke Birmingham pada tahun 2008 ada dikaitkan akan berpindah ke Celtic, namun memilih kembali ke Merseyside bagi memulihkan kariernya yang sering dihantui oleh kecederaan.
Penyerang 28 tahun itu pernah berlatih dengan Wolves dan Celtic yang turut mahu mengambilnya tetapi David Moyes pantas bertindak mendapatkan pemain antarabangsa Scotland itu sehingga penghujung musim ini.
McFadden pertama kali menyertai Everton pada tahun 2003 dari Motherwell. Selepas berpindah ke Midlands dia menjaringkan 13 gol dalam 82 perlawanan sebelum kecederaan lutut musim lalu.
No comments:
Post a Comment