Ramsey beri Gunners tiga mata (21oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Thursday 20 October 2011

Ramsey beri Gunners tiga mata (21oct 2011)

MARSEILLE - Arsenal berharap kemenangan hasil daripada jaringan pada saat akhir perlawanan ke atas Marseille pada aksi Liga Juara-Juara semalam, akan menjadi titik kebangkitan mereka pada saingan domestik.

Bagaimanapun, pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui pasukannya bernasib baik apabila membawa pulang tiga mata dari Stade Velodrome hasil kemenangan tipis 1-0 jaringan pemain tengah Aaron Ramsey.

Arsenal, yang mempamerkan aksi hambar harus berterima kasih kepada Ramsey apabila pemain muda Wales itu menghampakan tuan rumah dua minit memasuki waktu kecederaan.

Meskipun gagal menyerlah, Wenger tetap berpuas hati apabila pasukannya buat kali pertama tidak dibolosi dalam 18 perlawanan Liga Juara-Juara di tempat lawan.

"Kami mengorak langkah kecil tetapi kita harus merendah diri kerana kami adalah pasukan yang perlu berkembang secara berterusan.

"Sebelum ini kami tidak begitu bernasib baik, terutamanya apabila Borussia Dortmund menyamakan kedudukan pada lewat permainan (perlawanan pertama bulan lalu) tempoh hari. Namun kali ini tuah menyebelahi kami," katanya.

Arsenal menerajui kedudukan Kumpulan F dengan tujuh mata selepas tiga perlawanan. Marseille mengekori satu mata, sebelum kedua-dua pasukan bertembung lagi di Stadium Emirates selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management