Van Persie menyengat (17 oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Sunday 16 October 2011

Van Persie menyengat (17 oct 2011)

ROBIN van Persie muncul wira Arsenal apabila meledak dua gol ketika pasukan itu menang 2-1 ke atas Sunderland di Emirates pada saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.

Arsenal yang memburu kemenangan ketiga musim ini selepas lapan perlawanan memperoleh gol awal menerusi jaringan van Persie ketika permainan baru berusia 26 saat namun bekas pemain Gunners, Sebastian Larsson menyamakan kedudukan pada minit ke-31.

Satu lagi gol van Persie dijaringkan menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-82 menerjah ke penjuru atas gawang Sunderland. Kemenangan ini membolehkan Arsenal melonjak ke kedudukan ke-10 liga.

Dalam pada itu, West Bromwich berjaya keluar dari zon penyingkiran selepas menang 2-0 ke atas Wolverhampton malam tadi hasil jaringan Chris Brunt dan Peter Odemwingie pada minit kelapan dan 85 perlawanan.

The Hawthorns menerusi kini menduduki tangga ke-12

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management