Lille enggan lepas peluang (18oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Monday 17 October 2011

Lille enggan lepas peluang (18oct 2011)

LILLE: Lille melayan kunjungan Inter Milan dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi esok dalam perlawanan penting bagi menentukan peluang juara Perancis itu mara ke peringkat kalah mati.

Kelab utara Perancis itu menamatkan penantian 56 tahun untuk meraih trofi dengan menjuarai liga dan Piala Perancis musim lalu dan berada dalam keadaan yang baik pada kempen musim ini namun di Eropah mereka sudah dihukum kerana gagal mempertahankan kelebihan yang miliki.


Mereka melepaskan gol pendahuluan 2-0 untuk mencatatkan keputusan seri 2-2 di laman sendiri menentang CSKA Moscow pada perlawanan pembukaan, kemudiannya terikat 1-1 di Trabzonspor walaupun mendahului pada 45 minit pertama menerusi jaringan Moussa Sow pada minit ke-30.

Keputusan itu menyebabkan mereka di tangga ketiga Kumpulan B, dua mata ketinggalan kepada pendahulu, Trabzonspor dan pertemuan dengan pasukan di tempat kedua, Inter akan menentukan sama ada mereka mampu menjadi 16 pasukan terbaik.

Lille bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mencatatkan kemenangan 3-1 di Auxerre dalam aksi terbaru liga pada Sabtu lalu dengan Eden Hazard dan bintang pinjaman, Joe Cole hadir menerusi bangku simpanan untuk memberikan impak kepada kemenangan itu.

Keputusan terbabit menyebabkan mereka berada di tempat keempat Ligue 1, empat mata ketinggalan kepada pendahulu, Paris Saint-Germain dengan pengendalinya, Rudi Garcia berkata beliau tidak terperanjat dengan permulaan hambar skuadnya.

Melihat kepada rentak permainan, adalah perkara yang biasa selepas 15 hari liga ditangguhkan, kami kurang dinamik dan kelihatan longgar pada separuh masa pertama,” katanya.

“Saya turut gembira kami mampu mencari keseimbangan di antara liga dan Liga Juara-Juara, di mana kami memberikan fokus sekarang.” Bagaimanapun, penjaga gol Mickael Landreau (gambar) belum pasti diturunkan akibat kecederaanLille bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mencatatkan kemenangan 3-1 di Auxerre dalam aksi terbaru liga pada Sabtu lalu dengan Eden Hazard dan bintang pinjaman, Joe Cole hadir menerusi bangku simpanan untuk memberikan impak kepada kemenangan itu.

Keputusan terbabit menyebabkan mereka berada di tempat keempat Ligue 1, empat mata ketinggalan kepada pendahulu, Paris Saint-Germain dengan pengendalinya, Rudi Garcia berkata beliau tidak terperanjat dengan permulaan hambar skuadnya.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management