Marseille, Arsenal cari penawar (19oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Tuesday 18 October 2011

Marseille, Arsenal cari penawar (19oct 2011)

PARIS – Olympique Marseille dan Arsenal yang sedang dilanda kemerosotan prestasi dalam liga domestik masing-masing bakal bertembung dalam aksi ketiga Liga Juara-Juara bagi menentukan siapakah layak bergelar pendahulu.

Marseille cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara apabila menjadi pendahulu Kumpulan F selepas menang dua perlawanan berturut-turut termasuk mengalahkan Borussia Dortmund 3-0 dalam aksi terakhir.

Arsenal yang masih belum memenangi sebarang kejuaraan Liga Juara-Juara, berada di tempat kedua dengan empat mata dan sekadar menghuni tangga ke-10 Liga Perdana England bermasalah pada awal musim akibat penghijrahan Samir Nasri dan Cesc Fabregas.

Satu lagi kemenangan akan memberikan permulaan sempurna buat Marseille dan mencerahkan peluang ke pusingan kalah mati tetapi pengurusnya, Didier Deschamps sedar para pemainnya perlu meningkatkan permainan berbanding prestasi yang dipamerkan dalam Ligue 1.

Marseille berada di tangga ke-15 liga apabila seri tanpa jaringan dengan Toulese pada hujung minggu lalu dan belum memenangi sebarang perlawanan liga dalam tempoh hampir sebulan.

“Saya tidak mahu terlalu pesimis mengenai situasi kami. Saya tahu kesukaran yang dialami oleh kami tetapi kami sedang berusaha mengatasi situasi berkenaan dan mahu membina kembali keyakinan,” kata Deschamps.

Arsenal dilihat masih menghormati lawannya sambil menyatakan mereka memahami situasi yang berlaku di Marseille.

“Marseille adalah sebuah pasukan yang bagus, namun mereka mungkin berada di bawah tekanan seperti kami dalam liga kerana mereka tidak bermula sebaik mana yang diharapkan.

“Itu memberikan tekanan tambahan kepada mereka. Mereka mampu menonjol dalam saingan Liga Juara-Juara kerana kejohanan ini mereka tidak diletakkan sebarang harapan tinggi dan beraksi tanpa tekanan, ” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Walaupun menang 2-1 ke atas Sunderland, Ahad lepas, persembahan mereka belum mencapai tahap yang memuaskan sebaliknya aksi terbaik yang dipamerkan oleh penyerang Belanda, Robin van Persie menjaringkan dua gol bagi membantu Arsenal meraih tiga mata penting.

“Kami memenangi lima perlawanan di tempat sendiri. Saya rasa sikap dan semangat dalam pasukan ini cukup tinggi. Mereka mempunyai motivasi dan kualiti, secara perlahan-lahan semuanya bertambah baik, ” kata Wenger.

Masalah kecederaan yang dialami Arsenal bertambah teruk apabila Kieran Gibbs dan pemain tengah, Aaron Ramsey menjadi dua pemain terbaru yang berada dalam senarai.

Ramsey terlepas perlawanan dengan Sunderland akibat mendapat harmstring manakala Gibbs digantikan oleh Andre Santos, lima minit sebelum separuh masa kedua akibat kecederaan perut.

Arsenal sudah kehilangan Thomas Vermaelen dan Bacary Sagna sementara Laurent Koscielny dan Johan Djourou baru sahaja pulih daripada kecederaan.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management