United ikat Chicharito (14oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Thursday 13 October 2011

United ikat Chicharito (14oct 2011)

LONDON: Ejen penyerang Manchester United, Javier Hernandez mengesahkan pemain antarabangsa Mexico itu menandatangani kontrak baru lima tahun bersama juara Liga Perdana Inggeris itu.

Pemain terbabit bersetuju dengan kontrak jangka panjang bersama kelab gergasi Liga Perdana selepas menamatkan musim pertama dengan 20 gol dalam semua kejohanan.


“Kami mengadakan perbincangan semula mengenai kontrak Javier dan dia kini terikat lima tahun bersama United,” kata Eduardo Hernandez, ejen pemain itu kepada The Guardian.

“Terma kontrak itu adil, baik untuk MU mahupun Javier kerana ia membolehkan kedua-dua pihak saling menilai sama ada mereka serasi bersama dan sejauh mana kemampuan Javier mencapai sasaran kelab. Kedua-dua pihak mencapai kata sepakat dan United gembira untuk memberi ganjaran persembahan cemerlang Javier musim lalu.

“Saya tidak akan dedahkan nilai kontrak itu tapi yang pasti ia kontrak lima tahun. Bayaran gaji adalah tetap dengan tawaran insentif lain jika pasukan berjaya dalam kejohanan berbeza.” Eduardo Hernandez juga menafikan spekulasi yang mengaitkan pemain itu dengan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

“Javier tidak pernah ingin tinggalkan United,” katanya. “Khabar angin itu mula timbul beberapa bulan lalu dan United tampil dengan tawaran yang amat baik, membuktikan mereka menghargai sumbangan Javier.” Tawaran kontrak baru kepada Hernandez itu susulan tawaran kontrak United kepada pemain lain. Awal minggu ini, pemain tengah Tom Cleverley bersetuju dengan kontrak baru manakala penyerang Danny Welbeck juga sudah ditawarkan lanjutan kontrak.

Wayne Rooney, Rafael Da Silva, Ryan Gigs, Anderson, Antonio Valencia, Chris Smallung, Park Ji-sung, Michael Owen, Patrice Evra, Michael Carrick dan Darren Fletcher sudah menandatangani kontrak baru 12 bulan lalu

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management