LONDON - Alex Ferguson tidak ragu-ragu untuk menurunkan Wayne Rooney pada pertembungan penting menentang Liverpool Sabtu ini dengan menyifatkan tahap disiplin penyerang kesayangannya itu semakin baik.
Rooney kembali menjalani latihan di Manchester United selepas insiden dibuang padang ketika England seri 2-2 dengan Montenegro pada Kelayakan Euro.
Ferguson yakin kad merah yang diterima Rooney tidak akan menjejaskan persiapan pemain itu.
“Wayne menunjukkan peningkatan dari segi sikap panas barannya, reaksinya terhadap terjahan sedemikian sudah berlalu.
“Dia juga semakin matang dan menjadi pemain yang lebih bertanggungjawab. Saya boleh lihat disiplinnya bertambah baik dari sehari ke sehari.
“Di Montenegro tempoh hari, ia merupakan tindak balas daripada Wayne.
“Dia dikasari dan dia bertindak balas. Dia sedikit berang, namun saya tidak fikir ia perkara terburuk di dunia,” katanya kepada stesen radio Amerika Syarika, SiriusXM.
Ketika ditanya kemungkinan penahanan bapa Rooney berhubung skandal pertaruhan haram menjadi punca dia bersikap demikian, Fergie berkata: “Saya menghantar khidmat pesanan ringkas kepadanya, tetapi tidak ia dibalas
No comments:
Post a Comment