Argentina diaibkan venezuela (13 0ct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Wednesday 12 October 2011

Argentina diaibkan venezuela (13 0ct 2011)


PUERTO LA CRUZ (Venezuela): Aksi memukau Argentina ketika membelasah Chile, minggu lalu pantas dilupakan apabila juara Piala Dunia dua kali itu diaib Venezuela, 1-0, kelmarin.

Venezuela terbukti bukan lagi pasukan belasahan Amerika Selatan apabila meraih mata buat pertama kalinya dalam 19 saingan kelayakan menentang Argentina. Mereka mencatat kemenangan selepas tandukan pemain pertahanan, Fernando Amorebieta yang menerima umpanan Juan Arango menerjah jaring lawan pada minit ke-60.

“Kami berjuang habis-habisan dalam saingan kelayakan ini dan ia menjadi malam bersejarah buat pasukan dan kami perlu meraikannya,” kata kapten pasukan, Arango.

Namun, penjaga gawang, Mariano Andujar menjadi penyelamat Argentina apabila berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Venezuela.

Argentina mempamerkan aksi di luar jangkaan selepas membelasah Chile 4-1 di Buenos Aires, Jumaat lalu, menerusi hatrik Gonzalo Higuain dan gol sumbangan Lionel Messi. Jurulatih Venezuela, Cesar Farias juga berasa perlu membuktikan kemampuan pasukan selepas dikritik hebat apabila menyisihkan beberapa pemain utama ketika tewas 0-2 menentang Ecuador di Quito, Jumaat lalu.

Pasukan tunggal daripada 10 negara Amerika Selatan yang tidak pernah layak ke pusingan akhir, Venezuela kini muncul antara pencabar utama merebut tempat ke Brazil selepas menduduki tangga keempat Copa Amerika, di Argentina, Julai lalu.

Kekalahan ini yang pertama buat jurulatih baru, Alejandro Sabella, sejak mengambil alih tugas memimpin Argentina, Ogos lalu selepas Sergio Batista dipecat kerana tewas kepada Uruguay di saingan suku akhir.

“Kami hebat dalam tempoh 25 minit pertama tetapi malangnya pasukan berdepan dengan pasukan yang lebih bersedia.

“Ia perjalanan yang panjang dan sukar. Kami akan berusaha memperbaiki situasi ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management