COPENHAGEN – Denmark menempah slot ke pusingan akhir Euro 2012 apabila menundukkan Portugal 2-1 semalam.
Kemenangan itu membolehkan Denmark mengatasi Portugal sebagai juara Kumpulan H, bermakna Portugal terpaksa melalui perlawanan playoff bagi mencari tempat ke kejohanan di Poland dan Ukraine tahun depan.
Jaringan Michael Krohn-Dehli dan Nicklas Bendtner meletakkan Denmark mendahului 2-0 setakat minit ke-63, sebelum Cristiano Ronaldo merapatkan jurang pada masa kecederaan melalui sepakan percuma.
“Ia cukup menggembirakan. Malahan kami berpeluang menambah jumlah gol tetap terlepas peluang melakukannya, ” kata jurulatih Denmark, Martin Olsen.
Denmark mengumpul 19 mata, tiga mengatasi Portugal dan Norway.
Norway yang mengatasi Cypurs 3-1, gagal melayakkan diri ke perlawanan playoff kerana perbezaan gol dengan Portugal.
Denmark mendapat gol pertama hasil rembatan deras Krohn-Dehli selepas mendapat umpanan Christian Eriksen.
Portugal yang berada dalam tekanan cuba mendapatkan jaringan melalui Ronaldo dan Nani namun gagal menemui sasaran.
Bendtner, Dennis Rommedahl dan Krohn-Delhi mempunyai peluang untuk menambahkan jaringan selepas rehat.
Thomas Sorensen sekali lagi muncul penyelamat dengan menafikan percubaan Nani pada minit ke-55.
Namun, Bendtner memberikan kelegaan kepada penyokong tuan rumah apabila bijak memanfaatkan hantaran silang Rommedahl untuk mudah menolak masuk gol kedua Denmark.
No comments:
Post a Comment