Russia bagaikan lepas geram (13oct2011) ~ asapstock.blogspot.com

Wednesday 12 October 2011

Russia bagaikan lepas geram (13oct2011)

MOSCOW: Russia menempah tiket ke final Euro 2012 selepas membelasah Andorra 6-0 pada aksi terakhir perlawanan kelayakan untuk menamatkan saingan sebagai juara Kumpulan B.

Alan Dzagoyev yang menjaringkan gol tunggal ketika mencatatkan kemenangan 1-0 mengatasi Slovakia meledakkan gol pada separuh masa pertama dengan Sergei Ignashevich dan Roman Pavlyuchenko turut mencatatkan nama sebagai penjaring untuk meletakkan Russia di hadapan 4-0 pada hujung babak pertama.


Skuad Russia yang hanya memerlukan keputusan seri jika ingin kekal selaku pendahulu kumpulan dan mengatasi Ireland, menambah dua lagi gol menerusi Denis Glushakov dan pemain gantian, Diniyar Bilyaletdinov di separuh masa kedua.

“Kami bukan hanya mahu menang dan menempah tempat ke Euro 2012 tapi kemenangan besar pasti menggembirakan penyokong,” kata Dzagoyev. Perancang utama CSKA Moscow itu membuka jaringan pada minit kelima dan meledakkan jaringan voli menarik sebelum separuh masa pertama berakhir.

Ignashevich menanduk masuk sepakan percuma Andrei Arshavin untuk gol kedua Russia pada m-26 dan Pavlyuchenko menjadikan kedudukan 3-0 empat minit kemudian. Pavlyuchenko menjaringkan gol ke-20 sepanjang 45 penampilan antarabangsa dengan Glushakov menjaringkan gol pertamanya untuk Russia pada m-60.

Bilyaletdinov melengkapkan kemenangan apabila menyempurnakan hantaran rendah Igor Semshov, enam minit kemudian.

Jurulatih Russia, Dick Advocaat yang mengambil alih tugas pada 2010 gembira atas kejayaan pasukannya.

“Ia kempen kelayakan yang sukar tapi sejak mula lagi saya pasti kami mampu ke final,” katanya

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management