Jepun berpesta gol (13oct2011) ~ asapstock.blogspot.com

Wednesday 12 October 2011

Jepun berpesta gol (13oct2011)

SINGAPURA - Jepun membelasah Tajikistan 8-0 pada pusingan Kelayakan Piala Dunia semalam.

Australia tampil yakin untuk ke pusingan seterusnya selepas menang 3-0 ke atas Oman, sekali gus memastikan mereka mengumpul mata penuh dalam Kumpulan D.

Korea Selatan juga semakin menghampiri ke Pusingan Kelayakan Akhir setelah menewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-1.

Thailand mengikat pasukan bimbingan Frank Rijkaard, Arab Saudi tanpa jaringan.

Nasib berbeza dialami Korea Utara apabila harapan untuk ke Piala Dunia kali kedua berturut-turut semakin kelam apabila tumpas 0-1 kepada Uzbekistan.

Iraq mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas China, manakala Jordan dan Qatar turut melakar kemenangan.

Jepun mencatat kemenangan besar setelah meledak lapan gol pada perlawanan menentang Tajikistan di Osaka dengan Mike Havenaar dan Shinji Okazaki meledak gol awal.

"Kemenangan ini memberikan kami keyakinan. Saya tahu harapan yang diletakkan penyokong amat tinggi. Para pemain pula mempamerkan persembahan yang baik hari ini (kelmarin)," kata jurulatih, Alberto Zaccheroni.

Korea Selatan memperoleh kemenangan 2-1 menerusi jaringan sendiri pertahan UAE, Ismail Hamdan di Suwon.

Pemain Arsenal, Park Chu-Young menjaringkan gol pembukaan manakala gol tunggal UAE diraih pada masa kecederaan babak kedua.

Di Sydney, Brett Holman, Josh Kennedy dan Mile Jedinak mencatat nama sebagai penjaring sewaktu Australia mencatat kemenangan ketiga dan semakin yakin untuk ke pusingan seterusnya.

Jordan pula tidak menghadapi masalah ketika membenam Singapura 3-0, sementara Qatar mengalahkan Indonesia 3-2 di Jakarta.


No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management