Masalah Ibrahimovic, Cassano selesai (14oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Thursday 13 October 2011

Masalah Ibrahimovic, Cassano selesai (14oct 2011)

ROME: Ketua Eksekutif AC Milan, Adriano Galliani enggan memperbesarkan isu masalah dialami dua penyerang, Zlatan Ibrahimovic dan Antonio Cassano.

Bintang Sweden, Ibrahimovic minggu lalu mendakwa hilang semangat untuk beraksi manakala Cassano Selasa lalu mendakwa sudah bosan kerana terlalu kerap dikritik dan mahu bersara dalam tempoh tiga tahun lagi.

Bagaimanapun, Galliani menegaskan, kedua-dua pemain gembira di Milan dan tidak bimbang mengenai isu itu.

“Saya tidak tahu bagaimana mahu menjelaskannya lagi, saya tidak bimbang,” katanya.

“Saya bukannya pakar psikologi, saya berbincang empat mata dengan pemain dan semuanya dalam keadaan baik.

“Saya tidak perlu mendedahkannya kepada media, saya menguruskan Milan selama 25 tahun dan tahu apa yang saya lakukan.”

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management