Tevez desak bos City mohon maaf (14oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Thursday 13 October 2011

Tevez desak bos City mohon maaf (14oct 2011)

MANCHESTER - Carlos Tevez meminta pengurus Manchester City, Roberto Mancini memohon maaf secara terbuka kepadanya.

Penyerang Argentina berusia 27 tahun itu yang baru menamatkan penggantungan selama dua minggu, bersedia mencabar habis-habisan dengan mengheret City ke pihak Liga Perdana bagi membuktikan dia tidak bersalah dalam insiden di Munich.

Tevez sanggup memohon maaf di atas keengganan memanas badan tetapi hanya dengan syarat Mancini juga meminta maaf kerana mendakwa dia enggan diturunkan.

Tevez bakal dihadapkan ke bahagian disiplin Isnin depan.

Satu sumber berkata: "Tevez berasa berang. Dia mahu Mancini meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan dia enggan bermain.

"Ia amat jelas City gagal mencari bukti kesalahannya. Tevez akan mencari keadilan dengan mengheret kes tersebut kepada Liga Perdana. Proses ini mungkin mengambil masa selama enam minggu."

Tegasnya, dia enggan memanaskan badan kerana dia sudah berbuat demikian sebelum itu.

City dikatakan memiliki 15 kenyataan yang mengesahkan bekas pemain Manchester United itu tidak bersedia untuk diturunkan, dan akan menggunakannya sebagai bukti masalah yang dicetuskannya.

Tevez akan diminta supaya tidak muncul pada latihan skuad utama semalam, dengan kelab itu merancang untuk mendenda tambahan gaji 1.5 juta pound dan menggantungnya selama empat minggu lagi.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management