NYON, Switzerland - Penyerang England, Wayne Rooney digantung tiga perlawanan oleh UEFA setelah dilayangkan kad merah sewaktu menentang Montenegro, menyebabkan dia diketepikan pada peringkat kumpulan pusingan akhir Euro.
Bintang Manchester United, Rooney dibuang padang pada minit ke-74 pada perlawanan terakhir England dalam pusingan kelayakan, yang berkesudahan seri 2-2 di Podgorica, minggu lepas apabila dia menendang Miodrag Dzudovic.
Persatuan Bola Sepak (FA) masih belum memutuskan sama ada untuk mengemukakan rayuan atau tidak, yang mana tindakan tersebut mungkin boleh menyebabkan hukuman penggantungan lebih lama dikenakan.
"FA perlu menunggu jawapan penuh oleh jawatankuasa disiplin berhubung keputusan UEFA menggantung Rooney tiga perlawanan.
"Kami bersedia menimbangkan keputusan itu secara mendalam sebelum memberi maklum balas kepada UEFA atau membuat kenyataan kepada umum," kata kenyataan tersebut.
England berharap pemain berusia 25 tahun itu hanya akan dikenakan penggantungan satu perlawanan selepas pengadil, Wolfgang Stark mengakui Rooney memberi kerjasama tanpa sebarang bantahan apabila dilayangkan kad merah.
Jurulatih England, Fabio Capello berkata, Rooney, yang memiliki 73 cap melakukan kesilapan bodoh dan pemain itu tidak akan diturunkan pada aksi persahabatan menentang Sepanyol dan Sweden
No comments:
Post a Comment