MANCHESTER: Penyerang penuh kontroversi, Carlos Tevez yang digantung dua minggu kembali ke Manchester City, kelmarin, tetapi berlatih sendirian.
Pengurus pasukan, Roberto Mancini yang mendakwa Tevez enggan menjadi pemain gantian ketika City tewas 2-0 kepada Bayern Munich di Liga Juara-juara itu mengarahkan bintang Argentina itu berlatih di padang berasingan di Kompleks Carrington selepas mendaftar lewat sejam selepas rakan seangkatannya memulakan latihan.
Tevez yang bakal dihadapkan ke panel disiplin kelab tiba dengan Hummer hitam dan diiring dua pegawai keselamatan untuk menjalani sesi kecergasan.
Meskipun tidak sehaluan dengan Mancini yang mengatakan Tevez tidak akan bermain untuk City lagi, pemain dari Argentina itu masih mempunyai peminat termasuk pengurus West Ham, Sam Allardyce. Tevez mewakili West Ham pada musim 2006-07.
“Jawapannya, saya tidak tahu,” kata Allardyce ketika ditanya mengenai prospek meminjam pemain Amerika Selatan itu.
“Berdasarkan pandangan saya, hanya selepas keputusan dibuat terhadap masa depan Carlos di City, mungkin niat itu diteruskan Pengerusi Bersama, David Sullivan. Kita tunggu dan lihat,” katanya
No comments:
Post a Comment