tumpuan cemuhan (14oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Thursday 13 October 2011

tumpuan cemuhan (14oct 2011)

LONDON: Hubungan penyerang Manchester United, Wayne Rooney dengan Everton menyebabkan dirinya menjadi tumpuan herdikan peminat Liverpool, hujung minggu ini tapi dua insiden, masalah keluarga serta dibuang padang ketika aksi bersama England minggu lalu pastinya menjadi satu lagi isu yang bakal digunakan penonton di Anfield.

Liverpool menanti kunjungan kelab teratas liga itu dalam satu lagi aksi terkenal Liga Perdana malam esok dan sengketa dua kelab terbabit akan menghasilkan sesuatu yang luar biasa.


Rooney akan terlepas aksi awal Euro 2012 apabila menendang pemain lawan ketika England terikat 2-2 di Montenegro, Ahad lalu selepas bapa dan bapa saudaranya ditahan dan diikat jamin kerana didakwa terbabit dalam pertaruhan haram.

Pemain kelahiran Liverpool yang pernah menjadi penyerang Everton pasti mengetuai jentera United di Anfield tapi sudah membuktikan sebelum ini mampu mengetepikan cemuhan.

Kad merah ketika Piala Dunia 2006 tidak merencatkan kariernya dan dia bangkit daripada kemerosotan musim lalu dengan meledak sembilan gol dalam tujuh perlawanan musim ini.

Pengurus United, Alex Ferguson mungkin gembira selepas jurulatih England, Fabio Capello menyatakan Rooney tidak akan beraksi dalam sebarang perlawanan persahabatan persediaan menghadapi Euro 2012 tapi tidak terlalu bimbang mengenai emosi tidak menentu penyerang utamanya itu.

“Dia dijatuhkan dan bertindak balas,” katanya. “Pada saya, Rooney panas baran namun ia bukan sikap paling teruk di dunia. Dia sudah mempamerkan kematangan menangani terjahan dan pelbagai perkara lain sejak beberapa tahun lalu. Dia sentiasa meningkat sepanjang masa.” Dua pemain yang tidak bersama England kerana masalah kecergasan adalah pemain pertahanan tengah United, Rio Ferdinand dan perancang tengah Liverpool, Steven Gerrard yang pastinya terdesak untuk kembali dalam kesebelasan utama pada perlawanan yang dimenangi Liverpool, 3-1 musim lalu

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management