Sepanyol akhiri harapan Scotland (13oct2011) ~ asapstock.blogspot.com

Wednesday 12 October 2011

Sepanyol akhiri harapan Scotland (13oct2011)

ALICANTE – Scotland hampa apabila tunduk 1-3 kepada Sepanyol semalam, yang menyaksikan mereka sekadar menghuni tempat ketiga Kumpulan I dan menafikan peluang beraksi pada playoff Euro 2012.

Dua jaringan pada babak pertama menerusi pemain Manchester City, David Silva dan rembatan kencang David Villa, sudah cukup buat Sepanyol untuk berada pada tangga teratas kumpulan dengan rekod seratus peratus daripada lapan perlawanan.

Gol saguhati Scotland diperoleh menerusi sepakan penalti David Goodwillie pada minit ke-64, selepas Victor Valdes menjatuhkan Steven Naismith.

Jurulatih Sepanyol, Vicente Del Boque menyifatkan pasukannya bermain dengan gaya dan falsafah yang tersendiri.

“Pemain kami yang bertubuh kecil masih mampu menjaringkan gol walaupun benteng tengah lawan dikawal pemain bertubuh besar,” katanya.

Silva, yang mempamerkan prestasi cemerlang untuk Manchester City musim ini berkata, dia mempunyai formula untuk memastikan tempatnya dalam kesebelasan utama terjamin dalam skuad kebangsaan.

“Saya hanya perlu teruskan permainan seperti ini. Kami melakukan hantaran dan beraksi dengan baik sekali,” katanya kepada TV Sepanyol

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management