Misi getir menanti United (15oct 2011) ~ asapstock.blogspot.com

Friday 14 October 2011

Misi getir menanti United (15oct 2011)


LONDON - Manchester United dijangka berdepan tugas getir dalam misi mengekal- kan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Perdana England musim ini.

Apa tidaknya, skuad kendalian Alex Fergu- son itu bakal berkunjung ke Anfield malam ini untuk berdepan musuh tradisi mereka, Liverpool.

Meskipun masih belum tewas dalam saingan musim ini, namun skuad The Red Devils kini dilihat bergelut dengan prestasi tidak menentu dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Anak-anak buah Ferguson sekadar menca- tatkan dua keputusan seri iaitu ketika menentang Stoke City dan FC Basle dalam sai- ngan Liga Juara-Juara dan hanya mampu menang 2-0 ke atas Norwich City.

Berbeza dengan United, Liverpool pula di- lihat lebih konsisten apabila berjaya mencatatkan tiga kemenangan dalam tiga perla- wanan terakhir mereka.

Malah, kemenangan 3-1 yang dicatatkan ke atas United pada Mac lalu masih segar di- ingatan barisan pemain The Reds yang pasti- nya akan dijadikan sebagai tonik terbaik untuk mereka melakar kejayaan yang sama malam ini.

Perlawanan malam ini pasti menjadi tumpuan selepas United berjaya memadam rekod Liverpool dengan merangkul kejua- raan liga buat kali ke-19 musim lalu.

Bagi pengurus Liverpool, Kenny Dalglish, dia seakan-akan menganggap pertemuan menentang United adalah sama seperti aksi menentang kelab lain.

"Ramai orang menganggap ia merupakan satu perlawanan yang pasti sengit dan besar musim ini tetapi bagi saya, saya tidak melihat perla- wanan tersebut merujuk kepada besar ataupun kecil.

"Seperti perlawanan lain, jika kami menang ke atas United, kami akan mengutip tiga mata berharga. Bezanya kali ini adakah kami dapat merapatkan jurang mata kami dengan mereka," kata Dalg- lish.

Pada aksi malam ini, Dalglish di- jangka menurunkan kembali kapten, Steven Gerrard buat pertama kali dalam kesebelasan utama skuad The Reds.

Sementara itu, tekanan pastinya dirasai United ekoran situasi yang dialami 'ayam tambatan' mereka, Wayne Rooney yang di- gantung tiga perlawanan pada pusingan akhir Euro 2012 di Poland dan Ukraine.

Rooney digantung selepas dilayangkan kad merah ketika beraksi bersama skuad England menentang Montenegro pada aksi kelayakan Euro 2012 minggu lalu.

Disebabkan itu, United jelas sekali bimbang situasi tersebut mampu menjejaskan rentak permainan Rooney dalam saingan liga domestik.

Namun, bagi Ferguson, dia langsung tidak bimbang dengan perkara itu kerana tahu Rooney merupakan seorang pemain yang matang.

"Bagi saya, tindakan yang dilakukannya itu bukanlah yang paling buruk di dunia. Apa yang saya lihat dia telah banyak berubah dan sikap panas barannya juga sudah boleh dikawal.

"Apabila kamu sudah matang, kamu akan memikirkan banyak perkara sebelum melakukan sesuatu. Rooney pula telah banyak berubah," jelas Ferguson.

No comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by asapstock.blogspot.com | Bloggerized by asap The Doctor - Premium Blogger | Enterprise Project Management